Bila satu jari sakit anggota yang lain terasa juga
TEHERAN: Keadaan di Teluk semakin tegang dengan kemungkinan tercetus perang baru di antara Iran, Britain dan Amerika Syarikat, selepas Washington memperhebat latihan ketenteraan di rantau itu, manakala London dan Teheran terus bertikam lidah mengenai penahanan 15 tentera laut British.Khabar angin juga tersebar bahawa tentera Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah sebuah kapal perang Amerika selepas Britain bertindak untuk membebaskan askarnya semalam.Washington dan London menafikan berita itu, tetapi menyalahkan Iran atas ketegangan di Teluk. Pergeseran tiga negara itu dan khabar angin berkenaan dilaporkan menjadi punca kenaikan harga minyak dunia kepada AS$69 (RM241.50) setong. Bila harga minyak melambung naik bukan saja US, Britain dan lain-lain negara mengalami tekanan, negara kita yang juga pengeluar minyak mendapat kesan yang serupa.Tekanan hidup rakyat pendapatan rendah pasti terus menderita, puncanya yang kaya berebut kuasa, harta dan nama.S elagi keamanan di teluk tidak dicapai maka kita juga pasti terasa kesengsaraan mereka bersama, kerana kita sesaudara seislam, tidak dapat tidak tempias kesengsaraan mereka terpalik pada diri kita.Bagai satu jari sakit menderita sudah pasti anggota yang lain turut terasa juga kesakitanya. Fikirkanlah juga saudara kita di negara teluk kerana ia tetap saudara seislam kamu!

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home