Jalan Pintas
Jalan pintas adalah kesukaan orang zaman kini terutamanya orang-orang di kawasan bandar termasukklah bandar-bandar seperti kuala lumpur,PJ,USJ dan lain-lain bandar utama.Oleh kerana ingin cepat maka jalan pintas adalah alternatif yang terbaik untuk kita,tapi adakah jalan pintas untuk kesenangan adalah sesuai untuk kita ikuti,hanya fikiran waras dan tenang dapat memberi jawapan soalan tersebut.Bangsa Melayu adalah orang yang amat teruja untuk mendapat kesenangan melalui jalan pintas untuk senang , ini terbukti sejak dulu dengan menjual tanah,harta pusaka,menyertai skim cepat kaya dan terbaru internet investment.Melayu..Melayu...Melayu, maaf cakap saya pun org Melayu juga, suka mencari jalan pintas untuk senang. Sanggup jual maruah bangsa demi harta dunia. Sebab itu bila ada saham cepat kaya orang kitalah yang ramai berduyun-duyun menyertainya. Orang kita takut bersaing dengan orang lain , semangat kita rendah mungkin dah tersimpan dalam keris yang berkarat itu . Ada satu lagi orang kita suka berrebut menjadi ahli politik sebab cara ini senang jadi kaya tak perlu melabur banyak-banyak asalkan pandai menipu sesama bangsa. Akirnya nanti kita macam mengemis di dunia Melayu disebabkan angkara ketamakan kita sendiri.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home