Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, April 19, 2007

Berperang di Ijok Pula? " Aiman tak kisah "

Kini bermulalah perang sebenar antara pihak pembangkang dan Barisan Nasional dalam piliharan raya yang akan berlangsung pada 28 April 2007 ini .Kerusi DUN Ijok kosong berikutan kematian Datuk K Sivalingam di Chennai, India pada 4 April lalu akibat sakit jantung. Projek dan kemewahan segera kepada penduduk bandar Ijok dan sekitarnya sudah pasti, dengan kehadiran pekerja-pekerja Parti , Para Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tidak mustahil kali ini Perdana Menteri sendiri turun ke Ijok buat julung-julung kalinya.Ini lah suasana pilihanraya di Malaysia , Pilihanraya kecil lebih menguntungkan penduduk setempat berbanding Pilihanraya Sebenar . DUN Ijok mempunyai 27 peratus pemilih India iaitu yang paling besar dalam negara,berbanding pengundi melayu 52%.
Semangat setiakawan cuba di buktikan oleh BN walaupun mengecewakan orang Melayu, kerana di ijok jumlah pengundi Melayu 52% adalah golongan mojoriti.Ini tak membimbangkan BN , kerana memang melayu tak kisah , " aiman pun tak kisah" ( hitam atau putih ) " aiman pangkah je ".Itulah sikap orang melayu terlalu bertolak ansur, sehingga kawasan di penuhi orang melayu pun di beri pada calon bukan Melayu, sebab "AIMAN TAK KISAH". Cuba anda cari ada tak kawasan mojoriti kaum lain tapi orang melayu jadi calon, mungkin ada tapi payah nak jumpa,dan jika ada pun Melayu di mojoriti kaum lain,Adakah mereka memangkah bangsa Melayu, Fikir2kan lah?. Selagi sikap Aiman tak kisah, Melayu dan Islam tak kemana ?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home