Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, April 18, 2008

Suara Rakyat Suara Keramat

Alhamdulliah, hari demi hari telah teerbukti suara rakyat suara keramat.Pelbagai pekara yang di bangkitkan sebelum pilihanraya mula di ambil berat oleh kerajaan BN,mereka tidak berani lagi meminggir isu-isu kehamkiman ,rasuah,harga barang dan lain-lain.Ini adalah kerana suara rakyat telah menidakkan 2/3 mojoriti di Parlimen.

Kalau tidak keberanian rakyat menidakan mojoriti 2/3 belum tentu isu-isu kehakiman di ambil berat dan perhatian oleh mereka ( BN ).Mereka akan memikirkan bagaimana untuk mengisi perut mereka dan juga kroni-kroni mereka.Kini segalanya berubah akibat thunami Politik di negara kita. "Segala pujian bagi Allah, Alhamdulillah kerana mengasihani dan terlalu baik bagi saya. Saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telah termakbul," kata Tun Salleh Abas.Begitulah sahutan kesyukuran bagi orang yang terinaya selama ini. Basil, anak kepada George Seah yang tidak hadir malam ini kerana masalah kesihatan berkata, beliau masih berharap kerajaan akan meminta maaf kepada keluarganya.
''Pilihan pertama saya ialah permintaan maaf oleh kerajaan. Begitu juga harapan bapa saya. Tapi saya menerima apa yang diumumkan oleh kerajaan.
A nak Wan Suleiman, Wan Noor Azli, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan tetapi menerimanya dengan hati yang berat.
''Apa yang kami mahu kes ini dibuka kembali dan dinilai semula apa kesilapan dan apa yang berlaku pada masa itu.
''Kenapa tribunal mendapati ayah saya bersalah tetapi sekarang selepas 20 tahun kata tidak bersalah pula," ujarnya. Nada berbeza dapat di lihat dari wakil atau mereka yang terlibat dengan kesalahan kerajaan 20 tahun lalu,seolah-olah merka mememohon kerajaan memohon maaf secara terbuka dari memberi ganjaran.Ini adalah maruah diri wang ringgit bukan penganti memohon kemaafan adalah lebih bererti tapi kenapa kerajaan BN tidak memohon maaf adakah keegoan itu masih tinggi.fikirkanlah. Teruskanlah suara rakyat pasti membawa rahmat,buktikan suara rakyat suara keramat pada pilihanraya ke-13 nanti.Insyaalah...

Tuesday, April 15, 2008

Serupa tapi Berbeza

14hb April 2008 adalah hari bersejarah kerana terdapat 3 majlis bersejarah yang agak SERUPA iaitu mengumpul para penyokong parti masing-masing bagi memberi sokongan kepada para pemimpin berlaku di 3 tempat berbeza.Pertama perhimpunan Taklimat ahli parlimen,Adun dan Ahli dewan rakyat di PWTC di mana pemimpin yang terlibat Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad berdawi.2 lagi majlis perhimpunan rakyat di Kelab Sultan Sulaiman yang menyambut Saudara Anwar Ibrahim ke mbali kekancah Politik (di kenali himpunan Black 14 ) dan satu lagi himpunan rakyat di Stadium Perak yang di ketuai oleh 5 menteri-menteri besar Pakatan Rakyat yang Memerintah kerajaan Negeri.Berbezanya ialah luahan dari pemimpin yang berbeza bunyinya di satu pihak ia berbunyi " Saya dengar…saya bukan pekak,” itulah kenyataan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diajukan soalan mengenai desakan supaya beliau mengemukakan pelan peralihan kuasa sebagai usaha untuk memulihkan UMNO. Katanya beliau faham dengan pandangan yang diberikan dan mendengar pandangan pihak-pihak tertentu dalam soal peralihan kuasa tetapi beliau mahu proses berkenaan berjalan dengan lancar dan parti berada dalam keadaan baik.Jelas desakan pemimpin parti ingin beliau mengundur diri sehingga kini masih tak selesai. Himpunan rakyat oleh Pakatan Rakyat pula berlainan pula DESAKAN untuk memerintah negara sehingga saudara anwar menyeru penyokong beliau bersabar jika ingin memerintah negara ini .Juga laungan Reformasi kembali bergema.Begitu juga di Stadium Perak lautan manusia memberi sokongan kepada pemerintah negeri.Apa yang serupa tapi berbeza itu dapat dilihat serupa perhimpunan rakyat terhadap pemimpin tetapi berbeza tujuannya satu untuk perjelasan desakan perletakan jawatan dan dua lagi peristiwa pula ialah sokongan padu keatas pemerintah negeri dan sokongan padu kepada saudara anwar kembali ke kancah Politik.
Nampaknya pakatan Rakyat telah kedepan berlainan dengan Umno dan BARISAN masih bertelagah di dalam kelompok mereka sendiri.Harapan BN dan Umno Lumpuh dan Rebah dapat di lihat di 3 peristiwa berbeza ini.Fikirkanlah...gambaran peristiwa tersebut..

Thursday, April 10, 2008

Sufiah VS Shilpa Lee

Dua watak kontras berbeza antara Susiah atau Shilpa Lee memeranjatkan kita semua.Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup. Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia.Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's,Oxford.
Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000. Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda. Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya. Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun. Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura- pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam. Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut. Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, kedua- duanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka. Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka. Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi> jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound. Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam. Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall. Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian

Keluarga yang bercerai ,tiada pendidikan asas agama islam dan semata-mata menumpu kepada kecemerlangan akedemik adalah salah satu punca berlakunya pekara sedemikian.Oleh itu apa kecewa akibat akademik maka tanpa sokongan rohani (agama ) pekara sebegini mudah berlaku,Oleh itu fikirkanlah adakah sistem pelajaran akedemik di negara kita sedemikian rupa? Akedemik sahaja tanpa pengisian rohani...