Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, May 29, 2008

Ezam Oh! Ezam?

Sesuatu yang agak mengejutkan penyokong Reformasi yang bersama-sama berhujan,berpanas , bersama berpedih mata dengan asap /air berwarna kuning FRU,Bersorak gempita dengan laungan reformasi , semua atas sebab memberi sokongan padu pada laungan reformasi yang di gerak oleh salah seorang ialah saudara ezam sendiri. Dalam kesibukan ahli Umno baru kehilangan ahli no. 001 Mantan Perdana Menteri Dr.Mathadir yang tidak mempercayai lagi integriti dan krabeliti Umno tapi sebaliknya saudara Ezam tidak pecaya kepada kata-kata dan saranan ahli no .001. ini.Disini dengan jelas kemasukkan tanpa syarat adalah bayang dan mainan politik syarat Kemasukan beliau ke dalam umno tidak menjadi hairan sangat sebab beliau pun bekas ahli umno dan juga tak hairan jika Mentor beliau saudara Anuar Ibrahim kembali kepada Umno kerana mereka sememangnya ahli Umno.UMNO adalah parti tempat mencari Jawatan, Kedudukan, Kemewahan dan segala-galanya ada di dalam Umno , tanpa syarat Jawatan, Kedudukan dan Kemewahan siapa yang hendak masuk Umno, di mana di dalam keadaan orang-orang berduyun-duyun keluar Umno. Apa yang dapat di lihat dengan kemasukan saudara Ezam ini ialah Pak lah sedang mengatur gerak mengukuhkan kedudukan beliau dalam umno itu sendiri, tidak hairan selepas ini beliau akan bertanding dalam Peringkat Tertinggi Umno , mungkin sebagai Ketua Pemuda Umno di lihat meyebelahi dato Najib, atau beliau sendiri di janji untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden itu sendiri , mana tahu?.Sokongan dari dalam memang ada untuk beliau melakukan sesuatu di luar dugaan.Tetapi apa yang amat di kesali saudara Ezam TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR dari Mentor beliau sebelum ini sebelum berkerat rotan dengan mentor beliau . Tujuan sama ingin membetulkan rasuah, kronisme ,Politik Wang dari dalam Parti tapi akhirnya di hina, di caci, di sepak terajang tanpa marwah sebagi manusia. Jika beliau begitu menonjol di dalam Umno dengaN begitu singkat tidak mustahil beliau akan menjadi seperti saudara Anwar Ibrahim di hina sedemikian rupa.Ketika itu tidak ada Gelombang Reformasi kali kedua dan bayangkanlah penghinaan maruah diri tanpa Sokongan Rakyat? Saudara Anuar Ibrahim bernasib baik maruah di hina tapi di bela rakyat kebanyakan kalau beliau kembali juga kepada Umno seperti Ezam,INGATLAH Tiada Gelombang Reformasi kali kedua untuk Saudara Anwar Ibrahim dan Saudara Ezam .WAllahualam..

Tuesday, May 27, 2008

Beras oh Beras?

Sekali lagi rakyat negara ini di himpit kesusahan dan kesengsaraan untuk mendapatkan makanan ruji harian.Beras atau nasi adalah makanan ruji atau makanan harian rakyat Malaysia,Kenaikan harga kini di pasaran sebanyak 100 ~ 200% amatlah menyeksakan bagi rakyat pendapatan rendah.Beras berat 5kg harag dahulu Rm 11 kini naik sehingga Rm17 ,manakala beras berat 10kg dahulu Rm18 kini naik sehingga Rm30 lebih , menyebabkan tekanan kepada rakyat pendapatan rendah yang kais pagi makan pagi. Bagaimanakah untuk mereka menikmati makanan ruji harian jika kenaikan yang begitu tinggi. Golongan pendapatan tinggi mungkin tidak merasa tekanan kenaikan harga beras ini dan seperti biasa kerajaan akan meminta rakyat merubah gaya hidup seperti makan gandum,ubi kayu ,roti dll. Inilah jalan mudah yang tidak punya fikiran dan belas kasihan, bagi mereka gaya hidup simiskin yang perlu berubah yang kaya teruskan hidup seperti biasa dan terus merompak kekayaan rakyat.
Kini terbaru kenaikan harga minyak semakin meningkat naik dan ini akan menambahkan keperitan dan kesengsaan golongan pendapatan rendah dan sederhana. Tidak mustahil rakyat memberontak jika terus terseksa dengan tekanan inflasi..wallahualam..

Tuesday, May 20, 2008

Ahli UMNO 001 keluar Parti.

BEKAS Perdana Menteri dan Presiden Umno selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan keluar dari parti tersebut di kampung halamannya, Kedah.Beliau merupakan ahli Umno Baru yang bernombor 001 dan merupakan pengasas Pertubuhan Umno Baru ,selepas Umno di batalkan pertubuhannya sedikit masa dahulu. Dr Mahathir berkata beliau menyeru penyokong-penyokong beliau mengambil langkah yang sama. Menurut laporan Malaysiakini.com, Dr mahathir membuat pengumuman tersebut selepas menghadiri satu forum di Alor Setar Kedah.
Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau hanya akan menyertai semula Umno selepas perubahan kepimpinan utama parti.
Langkah terbaru Dr Mahathir ini dipercayai untuk memberikan tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.Sementara itu Presiden UIA ,Dato Seri Sanusi Junid pengikut setia beliau turut keluar dari Parti Umno.
Apa yang dapat di lihat ini menambah lagi kesengsaraan Parti Umno yang telah parah dalam pelihanraya baru-baru ini.Ini MUNGKIN diambil kesempatan oleh saudara Anwar Ibrahim yang bercita-cita menguasai atau memerintah negara ini sebelum 16 September.Kemungkinan ramai lagi penyokong Dr.Mahathir keluar parti adalah dijangkakan agak ramai terutama anak beliau sendiri ( Mukriz Mahathir ) yang bersikap tunggu dan lihat,Sikap tunggu dan lihat pemimpin Umno ini menyebabkan tekanan bagi PM Datuk seri Abdullah Bedawi.Ini juga menyebabkan kata-kata saudara ANUAR IBRAHIM akan menguasai parlimen sebelum 16 sept 2008 makin hampir jadi nyata.Yang nyata pengumunan beliau keluar umno di sambut dengan penuh gembira oleh pemimpin-peminpin Parti Pembangkan, Sehingga Nik Aziz Menteri besar Kelantan berkata beliau adalah orang yang paling gembira di dunia ini...Fikir2kanlah..