Kerja Sambilan , Hilangnya nalurikasih sayang?
Begitu parah sekali kedudukan ekonomi negara sehingga menyebabkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran bagi kakitangan awam sokongan (kumpulan gaji P1 T1) untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat untuk memperoleh pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.Jikalau sebelum ini CUEPACS tidak menggalakkan kenaikan gaji pada Julai 2007 kerana bimbang ia akan menjejaskan produktiviti kerja mereka dalam sektor kerajaan. Maka dengan ini secara tidak lansung menyebabkan produktiviti kerja dalam sektor kerajaan mungkin menjadi lebih parah lagi (from bad to worse) memandangkan kakitangan yang bukan dari kategori berjawatan rendah bukan makhluk kebal daripada kesan kenaikan harga petrol dan kenaikan harga barang.Bukan sahaja masalah kenaikan harga mendatangkan masalah ekonomi malahan ia akan memberi kesan kepada masalah sosial yang kini pun memang sudah parah. Anak-anak sudah jarang bertemu dengan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Maklum sahaja, menurut CUEPACS kerja-kerja sambilan ini dilakukan dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.Mari kita renungi. Purata kita bangun pagi pada sekitar 5.30 pagi. 5.30 pagi adalah waktu kita akan bersiap-siap untuk pergi kerja bagi ibubapa dan anak-anak pula sibuk hendak ke sekolah. Selepas itu ibubapa dan anak-anak akan terpisah. Ibubapa pergi bekerja dan anak-anak pula ke sekolah. Waktu tengahari ketika balik dari sekolah ibubapa tiada di rumah kerana bekerja dan untuk bertemu adalah ketika ibubapa kembali dari bekerja pada sebelah petang. Balik dari bekerja pada pukul 5.00 petang ibubapa mustahil pulang terus ke rumah. Terdesak dengan berbagai keadaan misalnya kesesakan lalu lintas menyebabkan mereka tidak bercadang pulang ke rumah kerana terus hendak ke tempat bekerja sambilan yang bermula pada 6.00 petang. Mula bekerja sambilan pada 6.00 petang sehingga sekitar 12.00 malam. Balik ke rumah anak-anak sudah tidur. Secara purata berapa jamkah dalam sehari seoerang anak-anak dapat bertemu ibubapa untuk berinteraksi dan berkomunikasi?Bayangkan apa akan jadi kepada negara 10, 20 atau 30 akan datang. Wujudlah insan yang tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ibubapa. Mereka ini nanti adalah terdiri dari jiwa-jiwa kehausan yang mudah memberontak.Maka mereka akan menjadi manusia-manusia pembengis, kejam dan tidak berhati perut dalam setiap tindakan yang dilakukan sesama manusia. Sikap bengis, kejam dan tidak berhati perut inilah yang menjadikan manusia mudah untuk saling benci-membenci dan lebih dahsyat hingga membawa kepada bunuh-membunuh... Maka nampaknya dunia ini semakin kejam dan ia bertambah parah, parah dan bertambah parah!!- Muzzafar Zabidin
http://www.muzzafar.com/index.php?p=view&id=10
http://www.muzzafar.com/index.php?p=view&id=10

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home