UIAM HILANG IDENTITI? KITA SERUPA.

Pada 23hb ~ 25hb Ogos 2008 sekali lagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -UIA M/(IIUM) akan mengadakan majlis konvokasion kali ke 24 seiring dengan sambutan penubuhan uiam ke 25 tahun ( Jubli Perak ).Sambutan kali ini di anggap istimewa kerana jatuh pada tahun ke 25 penubuhan UIAM ,jadi sambutan di buat secara besar-besaran, semua yang buruk di tukar baru dari Robe majlis konvokasion hingga ke lampu-lampu jalan yang terbakar selama 1 ke 2 tahun di tukar kembali dengan segala2 yang baru.Segala-galanya nampak sempurna sehingga Warga Pentadbir,Pengurusan, Para Pengajar,Pensyarah dan Professor tidak sedar dalam mendapat sesuatu yang baru dan cantik kekadang kita terlupa identiti kita sendiri.Bagai Mendapat isteri cantik kekadang kita terlupa tujuan hidup kita kerana untuk beribadah kepada Allah dan bukan hidup kerana Isteri yang cantik. Apabila di lihat pakaian Robe baru majlis konvokasion kali ini tidak nampak cacat dan cela, dari penjimatan yang di rangka untuk jangka panjang yang memberi Robe yang sama untuk memudahkan pesanan yang seragam untuk semua Kulliyyah.Ini dapat mengelakan perbezaan Robe antara Kulliyyah yang menyukarkan untuk membuat tempahan akibat perbezaan warna diantara Robe kulliyyah2 tersebut , dimana dengan penambahan graduan-graduan setiap tahun dalam berbagai kulliyyah memang sukar untuk menempah atau menambah bilangan robe mengikut Kulliyyah yang berbeza-beza.Tidak hairanlah UIAM sanggup menukar semua Robe dengan berbelanja sebanyak rm 2 Juta.Dalam kegairahan melakukan perubahan tanpa disedari telah menghilangkan identiti majlis konvokasion UIAM itu sendiri yang dahulu memakai Songkok melambangkan Keislaman UIAM itu sendiri.Kini UIAM itu sendiri bagai sama dengan IPT dan IPTS lain di negara ini.Apakah ini selari dengan Vision UIAM itu sendiri dengan menyokong Islamization sebagai salah satu Vision dan Mission Universiti itu sendiri.Mungkin kita terlupa atau ada tekanan Politik yang di war-warkan sebelum ini oleh Lim Kit Siang dari Dap..Hanya Warga UIAM yang boleh menjawap adakah ini di bawah kerelaan warga ahli UIAM itu sendiri.Tepuk Dada Tanyalah selera .Mungkin lepas ini Kulliyyah di tukar pula pada Fakulti pula. Allahhualam..

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home