Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, June 23, 2008

Tips beli kereta baru anda?

Pelbagai Faktor perlu di ambil kira dalam pemilihan kereta tang mahu di beli pada masa kini akibat kenaikan harga minyak yang melambung tinggi.Kemungkinan kereta bersaiz kecil dan penggunaan minyak yang sederhana menjadi pilihan masa kini.Selain keupayaan engin , Pembeli yang bijak juga mengambil faktor-faktor lain kerana kereta digunakan untuk tempoh yang panjang sekurang-kurangnya 3 tahun dan ia juga di naiki serta di pandu oleh pelbagai jenis pemandu sama ada tua dan muda.Jestru selain dari beban minyak masa kini,
faktor lain yang perlu di pertimbangkan ialah faktor Keselamatan , Resiko kecurian, ketahanan mengikut usia dan jarak penjalanan adalah penting di ambil kira.Sesetengah pembeli juga terlupa menilai kos penyelenggaraan selepas di beli, Kemungkinan penyelenggaraan yang tinggi boleh membebankan para pembeli itu sendiri.Kemampuan untuk mengisi penumpang lain juga adalah selalu di ambil kira oleh pembeli dan selalunya bergantung pada jumlah ahli keluarga.
Di antara faktor-faktor tersebut, pembeli dan pemandu yang bijak pasti mengutamakan keselamatan sebagai sebab utama pemilihan kereta yang mampu di beli. Mungkin anda berlainan pendapat kerana kemampuan membeli adalah diri kita sendiri. Faktor keselamatan mungkin di abaikan disebab kan ke tidakmampuan.Allah hualam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home