Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, September 29, 2008

Duit raya 0.10sen

Alhamdullilah, awal-awal lagi aku dah tukar duit raya, duit nak bagi kepada anak-anak saudara masa berhariraya nanti.Ini mungkin rezeki anak-anak saudara juga kerana kerjaan telah senang hati memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan.Terima kasih dan bersyukur jugalah kerana tahun ini dapatlah saya bersedekah duit raya tidak seperti tahun lepas berkira2 berapa nak bagi pada anak-anak saudara.Pengumuman kerajaan menurunkan minyak sebanyak .10sen juga bagai menambah duit raya kepada anak-anak saudara ku.Bayangkan dengan 0.10sen penurunan minyak seliter ,jika 80 liter diisi maka sudah rm8 boleh di jimatkan dan rm8 tu bolehlah aku tambahkan dalam sampul-sampul raya anak saudara ku.
Apa yang membimbangkan saya ialah kenaikan harga barang dan peningkatan paras inflasi .Nilai duit untuk anak buah ku bagai tak bererti jika harga barang makin meningkat,apalah yang anka buah ku dapat nilai harga ais krim rm1 masa kini.
Perdana Menteri sudah dua kali mengumumkan harga minyak turun, namun harga barang tetap melambung dan kadar inflasi mencecah paras lapan peratus.Pada Ogos lalu harga minyak diumumkan turun sebanyak 15 sen dan 24 September lalu turun lagi sebanyak 10 sen, menjadikan jumlah keseluruhan penurunan harga minyak 25 sen.

Sedangkan pada 4 Jun lalu rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen iaitu peningkatan 40.6 peratus berbanding harga sebelumnya.
Rasanya kesilapan kerajaan yang sangat besar ilah menaikan harga minyak yang mendadak,jika di naikkan .10sen demi .10sen mungkin kita tak rasa sebegini tinggi inflasi dan kenaikan harga barang..Namun0.10sen tetap juga hadiah duit raya,walaupun apalah .10sen nilai pada kanak-kanak di hari raya.Bagi aku .10sen sangat bermakna di hari ini,masa inflasi meningkat tinggi.Mungkin kalau jumpa duit .01sen kat depan rumah ku pasti ku kutip.syukur apa yag ada...Selamat hari raya maaf zahir dan batin..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home