Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, August 18, 2008

UITM ..Ayuh Bangkitlah


Baru-baru ini dengan tak semena-mena Uitm cuba menunjuk jaguh di gelangan bagai tersentak bila Menteri besar Selangor mengulas menyokong pendapat dan kajian daripada Dr. Halimah dari institut Kajian Pendidikan supaya membenarkan 10 % pelajar kaum lain di benarkan belajar di Uitm.Mungkin bakal graduan-graduan ini tersentak atau ketinggalan zaman mengenai isu ini, Sedangkan Kerajaan sebenarnya telah pun meluluskan kemasukan 10% bukan Melayu ke UiTM ,Sila rujuk akhbar THE STAR 16hb August 2008. orang MCA Dato Ong TEE Keat, pun menyatakan kehairanan nya. Sebab beliau tidak faham apa yang UMNO dan VC UiTM bising2 kan. Sila rujuk akhbar tersebut. Beliau menyatakan yang kemasukan bukan Melayu ke dalam UiTM telah pun di luluskan oleh kerajaan UMNO, ketika beliau masih menjadi Timbalan Menteri Pelajaran lagi. Ini cerita lama, saya pun tak ingat bila Dato menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau juga menyentuh tentang kemasukan pelajar2 dari luar negeri di UiTM. Kata beliau kalau pelajar luar negeri boleh masuk belajar di UiTM, mengapa pelajar bukan Melayu Rakyat Malaysia tak boleh.Rakyat sendiri di diskriminasikan, tetapi rakyat luar negeri di susukan, Sekali lagi sila rujuk pada akhbar berkenaan. Apa lah buat bising pada sesuatu yang UMNO dah luluskan.Dalam dunia Globalisasi semua Universiti telah mengambil pelajar-pelajar asing yang merupakan berlainan kaum ,bangsa dan agama seperti juga UIA, ini membolehkan para pelajar mereka berdaya saing di era dunia Globalisasi ini dan ia akan menaikan taraf Universiti itu sendiri. Apa yang saya tak faham adakah graduan Uitm ini masih "Katak Di Bawah Tempurung" asyik dengan dunia sendiri dan takut bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Jika begini apakah kualiti graduan itu sendiri yang senang di Politikkan. Ayuh !!! Graduan Uitm Bangkitlah jangan terkongkong dengan kefahaman perkauman yang sempit kembalikan kepada islam sesungguhnya tiada perbezaan kaum sesama islam.Ayuh!!! bangkitlah Graduan UITM ke alam Globalisasi...?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home