Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, November 24, 2008

Hentikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Saya agak amat tidak setuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak dulu lagi.Nampaknya pandangan saya sealiran dengan Tokoh Akademik Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karin yang juga tidak bersetuju jika Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di teruskan,Yang setuju nampaknya bukan ahli Akedemik tapi Ahli-ahli Politik termasuk lah Chedet yang bersungguh-sungguh memeprtahankannya dasarnya dahulu.
Bagi Prof.Emeritus Datuk Nik Safiah Karim berpendapat,pendekatan untuk menjadikan pelajar mahir dalam Bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kurang tepat, "Matematik dan Sains ada banyak terma yang agak sukar untuk pelajar fahami,lebih-lebih lagi pelajar di luar bandar.Dalam pada itu tanpa menafikan kepentingan Bahasa Inggeris,Beliau mencadangkan agar penggunaan bahasa itu di gunakan dalam mata pelajaran lain melibatkan bahasa seperti Sejarah atau Sastera.
Bagi pandangan peribadi Saya dari kampung yang tidak ada Prof. ni,memang lah amat saya tidak setuju Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa Inggeris tapi matapelajaran mungkin boleh di pertimbangkan .Saya dapati sistem pelajaran sekarang hanya pentingkan Keunggulan Akedemik ,Seolah-olah semua anak-anak sekolah itu cerdik dan pandai,tidak memikirkan status pelajar yang lemah,malas, pergi sekolah pun mujur,di pendalaman2 di Serawak,Ulu Pahang dan di lain Pendalaman.Adakah mereka ini berminat nak belajar Matepelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedangkan Menulis,membaca masih merangkak-rangkak,Adakah ini menambah minat mereka untuk sekolah.Sebenarnya dengan menyukarkan lagi subject yang sukar seperti Matematik dan Sains sememangnya sukar di tambah dengan dia jar bahasa Inggeris adakah ia menambah minat Pelajar-Pelajar di luar bandar hendak pergi sekolah atau menambah minat mereka belajar.Teringat sewaktu saya di sekolah rendah dahulu,mentaliti pelajar-pelajar di kampung atau luar bandar yang tak berminat Belajar Bahasa Inggeris,Bila hari itu ada Subject Bahasa Inggeris sanggup tidak hadir hari itu dan akan hadir bila tiada Bahasa Inggeris di ajar pada hari itu.Jadi dengan di tambah Matapelajaran lain dalam Bahasa Inggeris tak mustahil banyak hari mereka mengelak untuk hadir ke sekolah.Ini cerita sekolah-sekolah pendalaman orang Asli atau sekolah-sekolah pendalaman di Serawak,Ulu Tembeling di pahang dan lain-lain kawasan Pendalamn. Di Bandar-bandar mungkin tidak menjadi masaalah, adakah sistem pendidikan kita hanya untuk orang-orang di bandar dan Golongan kaya/Berada atau Golongan Pertengahan sahaja.Adakah sistem pendidkan hanya berkepentingan menjadi yang bijak dan kaya semakin bijak dan kaya,tapi yang miskin tidak pandai semakin papa dan semakin Bodoh.Bagi saya anak-anak sekolah di pendalaman hanya ingin belajar mengira dan menulis untuk di impliment/di terjemahkan dalam kehidupan Mereka sehari-harian.Pandai mengira dan menulis sudah cukup bagi mereka untuk mengira hasilTanaman ,Tangkapan dan mengira pendapatan seharian dalam kehidupan mereka.Jika di ajar dalam bahasa Ingeris bolehkah mereka memahimi pelajaran itu,bagi mereka pandai membaca dan mengira pun sudah mencukupi untuk membantu kehidup an mereka seharian,Tak perlukan berbahasa Inggeris ketika mengira hasil tanaman di Ulu Serawak atau pendalaman.Pandai mengira dan ingin ke sekolah pun dah kira ok/bagus bagi mereka.
Polik mengenai Bahasa berterusan,Papan Tanda berbagai Bahasa pun menjadi Kudis di Pulau Pinang,tapi bahasa Inggeris dalam sukatan pelajaran Matematik dan Sains tidak lak di tentang,Bahasa Papan Tanda Bahasa Melayu yang lintang Pukang Dipermis-permis Perniagaan tidak pula di marahi atau di Perbetulkan.Pening kepala jika di fikir kemana arah Bahasa Melayu..Anda Pula Bagaimana..?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home