Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, November 19, 2008

UIAM muncul institusi pengajian tinggi ketiga dunia raih anugerah BSC

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul institusi pengajian tinggi (IPT) ketiga dunia dan pertama di rantau Asia Pasifik meraih Anugerah Balance Score Card (BSC) Hall of Fame for Executing Strategy sebagai mengiktiraf kejayaan menggunakan pendekatan dan metodologi BSC, baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Pencipta Konsep BSC, Prof Dr Robert Kaplan kepada Dekan Bahagian Strategi Korporat dan Jaminan Kualiti UIAM, Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar yang mewakili Rektor UIAM pada satu majlis berlangsung di Seoul, Korea Selatan sempena Persidangan BSC 2008.

UIAM dipilih penerima anugerah itu setelah berjaya mencatat pencapaian membanggakan sejak mula mengintegrasikan pendekatan BSC dalam pelan strategi universiti berkenaan pada 2000.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid dalam satu kenyataan, berkata pendekatan BSC diambil bagi memudahkan strategi mencapai sasaran muncul sebuah universiti berteraskan penyelidikan di rantau ini.

Katanya, pelbagai strategi diatur UIAM yang membawa kepada kecemerlangan merangkumi aspek perolehan geran penyelidikan, jumlah produk dipatenkan, penerbitan dan penyelidik berkepakaran hasil pelaksanaan pendekatan BSC.

“Menerusi pendekatan berkenaan, skala pencapaian dapat dikenal pasti, sekali gus memastikan status kejayaan universiti mengikut perancangan.

“Sistem BSC juga mampu memantapkan hala tuju universiti kerana menerusinya semua kakitangan universiti faham akan tanggungjawab masing-masing, sekali gus membantu mencapai visi dirancang,” katanya.

Katanya, perubahan jelas ketara sepanjang empat tahun pelaksanaan metodologi itu apabila perolehan geran bagi tujuan penyelidikan meningkat lebih 400 peratus, selain peningkatan sekali ganda produk berjaya dipatenkan.

Malah, katanya 40 peratus kuliyyah di UIAM turut diiktiraf sebagai pakar dalam bidang masing-masing berbanding hanya kurang 10 peratus, sebelum itu.

Sebelum ini, dua IPT antarabangsa iaitu Universiti of California San Diego, Amerika Syarikat dan University of Leeds, United Kingdom turut mendapat pengiktirafan anugerah yang sama.
Adalah tidak mustahil UIAM akan menjadi antara 200 Universiti terbaik dalam masa 5 tahun lagi,Jika Pelaksaan dan percapaian BSC berterus di ambil kira.Tunggu dan lihat ...walluhalam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home