Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, March 20, 2009

T.K.O sebelum masuk gelanggang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar etika kempen. Serentak dengan itu Lembaga Disiplin memutuskan Ali tidak boleh bertanding atau dipilih bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia pada pemilihan parti itu 26 Mac depan. Selain Ali, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar etika kempen parti dan diberikan amaran. Bagaimanapun Khairy dibenarkan bertanding. Sementara itu Ali ketika ditemui di Ipoh selepas majlis pengenalan calon Majlis Tertinggi UMNO dengan perwakilan UMNO Perak berkata, beliau akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai keputusan Lembaga Disiplin berkenaan. "Saya akan buat sidang media mengenai perkara ini esok di Melaka selepas dapat pengesahan keputusan itu," ujar beliau.

emm masa aku sekolah rendah dulu-dulu nama Muhammad Ali sangat terkenal.sampai sekolah aku bila dia masuk gelanggang,gelangang tinju semua kelas di batal tengok TV live ( Siaran Langsung ).Kira semua tengok Muhammad Ali bertinju masuk gelanggang.Selalunya Muhammad Ali ni menang kerana tumbukakan dia leh buat orang tergolek ,kira dia selalu kalahkan lawan dia dengan K.O or T.k.O.Muhammad Ali sorang ni memnag ramai penyokong tu sebab dia selalu menang.Cuma baru-baru ni aku baru tahu kat melaka ada gak Mohd. Ali cuma Muhammad dia tak tulis penuh eja Mohd je.Dengar cite dia ni pun hebat masa bertanding kat gelanggang ,penyokong dia pun ramai kira macam sebijik muhammad Ali yang aku cite tadi lah.Tapi tu la record dia nampak tecermar dan tak setanding Muhammad Ali yang aku tengok dia bertanding di gelanggang dulu tu.Muhamamad Ali dulu tu aku tengok selalu je dia menang tapi kalau kalah pun dia kalah di gelanggang,Tapi Mohd Ali yang hero baru ni lak T.K.O sebelum bertanding,Ishh malu kat penyokong-penyokong yang ramai tu,tapi okle tak de live kat TV suruh budak-budak tengok.Kalau tak kesian budak-budak sekolah tak sempat tengok dia masuk gelanggang,,mcm tu kena masuk kelas balik,live di batalkan hehehe.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home