Kemelesetan Ekonomi,Berapa Teruk,berapa lama?
Setiap kali pasaran saham Global merundum,harga minyak dunia akan jatuh,jualan runcit serta borong merosot dan kejatuhan nilai kewangan dunia pada paras rendah maka ia dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi.Krisis di Wall Street merebak ke Main Stret yang menandakan bahawa ekonomi semakin menjunam ke dalam kemelesetan ;ramai orang hilang pekerjaan,kilang menghentikan pengeluran,kedai berhenti menjual barang keperluaan dan wang semakin susut di dalam kantong.Apabila kemelesetan semakin teruk,maka di jangkakan banyak lagi berita suram dan muram dalam beberapa bulan akan datang dan mungkin dalam beberapa tahun lagi.Jika ia berlanjutan sudah pasti Politik sesebuah negara semakin goyah akibat tekanan rakyat terhadap infalsi menyebabkan pemberontakan rakyat.Pendapatan dan kekayaan isi rumah merosot dengan ketara akibat kejatuhan harga saham dan rumah.Pengguna dan perniaga sudah pasti mengurangkan perbelanjaan mereka secara mendadak ,ini menyebabkan ekonomi tidak bergerak,yang boleh menyebabkan ekonomi negara bertambah teruk.
Tidak hairanlah kerajaan membentangkan Pakej/Bajet Mini Melebihi jangkaan! .Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan tambahan berjumlah RM60 bilion – suntikan yang dijangka mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap kesan kemelesetan global dan pada masa sama, memastikan kesejahteraan rakyat.
Ini adalah semata-mata bertujuan supaya pengaliaran ekonomi bergerak seperti biasa.Apa yang menghairankan masih ada antara kita tidak sedar,tidak pasti,keliru,tak ambil tahu dan macam-macam lagi yang memberitahu tidak fahmanya apa itu inflasi dan kemelesetan ekonomi.Jika anda tidak meracang perbelanjaan anda dari sekarang sudah pasti anda tidak sedar wang saku anda tidak mencukupi..Bersedialah untuk menghadapi kemelesetan yang tidak tahu berapa dalam,berapa lama lagi?..

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home