50 tahun merdeka,Akhirnya bersidang bawah pokok?

IPOH - Sungguh memalukan dan sudah pasti peristiwa ini akan dikenang sebagai satu sejarah yang tidak akan dilupakan buat rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya. Sebelum ini kita hanya menyaksikan adengan ini berlaku dalam "filem wayang" seperti Laksamana Do Re Mi tatkala kerajaan sebuah negara yang dikenali sebagai "negeri pasir berdengung" ditumbangkan dan Raja serta pembesar negeri terpaksa bersemayam di bawah sebatang pokok bila istana dan khazanah negara dirampas. Kini ia berlaku lagi, bila "rampasan kuasa" berlaku di Perak dan menyebabkan Sidang DUN terpaksa di adakan di bawah sebatang pokok yang jaraknya sekitar 100 meter dari pagar Komplek SUK Negeri. Semua ini terjadi akibat halangan dan kekangan daripada puak-puak UMNO dan BN yang tidak mahu usul tergempar dibuat dan diterima tatkala Menteri Besar UMNO dan barisan exconya dihalang serta digantung daripada hadir ke sidang khas Dewan Undangan Negeri itu.
Seluruh dunia menyaksikan demokrasi bawah pokok di malaysia..emm sungguh memalukan apabila perebutan kuasa,di manakah hak rakyat untuk bersidang.adakah negara kita ke arah negara Polis di Raja..Fikir2 kan lah

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home