Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, December 01, 2008

Sejarah tidak pernah berbohong

Saya amat tertarik dengan tulisan saudara Zaini Hassan dalam ruangan Cuit Utusan Malaysia pada minggu lepas.Antara tulisan beliau untuk renungan Bangsa Melayu dan di buat penilaian kebenarannya terserah pada anda.Antara isi tulisan beliau ialah :
Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini,sejarah tidak pernah berbohong.Walaupun ia berlaku semalam atau kelmarin,ia adalah fakta yang tidak pernah menyeleweng,hatta beribu-ribu tahun jua usianya.
Begitu juga sejarah Kesultanan Melayu.Ia juga tidak pernah berbohong.Sejarah di tulis oleh sarjana dan pembesar istana zaman silam yang kemudian diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sepatutnya dijadikan renungan,iktibar,pengajaran kepada semua.Persoalannya,berapa ramai generasi melayu sekarang yang mahu mengambil iktibar daripadanya?Berapa ramai kaum lain Malaysia yang tahu sejarah Melayu?Apakah benar Melayu mudah lupa?
Kisah nasib malang Sultan Singapura yang pertama.Ia adalah sebuah kisah yang boleh di jadikan teladan,sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk bangsa Melayu di Nusantara,bukan sahaja tentang bagaimana seorang sultan Melayu boleh disingkir apabila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat.
Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untk semua Melayu di Malaysia dan di seluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang.
Sultan Hussain Shah,atau di kenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III ( 1761 -1812 ) dari Riau atau Tengku Long ( Tengku Sulong ) Raja Hussain Shah,atau Raja Long yang di tabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 januari 1819.
Jenazah baginda sekarang disemadikan di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Tengkera di Melaka,terbiar dan langsung tidak dikenalai sesiapa.Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya.Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura.Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami kerabatnya,kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002,ia telah diubah suai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center .
Kisah riwayat hidup Sultan Hussain Shah amat menyayat hati. Ia adalah adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina "mengusir" seorang sultan Melayu dengan begitu mudah.Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari Selatan China sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja.Inggeris mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambah jumlah penduduk asing.Mereka tidak membawa atau mengalakkan orang Melayu Riau dan pulau-pulau lain di selatan Singapura atau dari Pulau Jawa dan Sumatera mahupun dari Melaya,sebab tujuan mereka hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu untuk akhirnya menyingkirkan hak dan kuasa Melayu di Singapura.
Kisah seperti ini bunyi seperti dongeng.Masakan sebuah Kesultanan Melayu boleh di hapuskan dengan begitu midah?!Tetapi ia benar.Sultan Hussain Shah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dia telah disalah guna oleh Inggeris dan orang bukan Melayu di situ yang tidak menyokong atau menyembahnya.Jadi apa yang kita semua boleh pelajaridaripada peristiwa perit yang dialami Sultan Hussain Shah ini?Banyak...
Inilah ringkasan catatan Mansor yang saya petik.Kesimpulannya ialah:Apabila orang lain bersatu,kita berpecah,maka kita akan hancur.Namun ,hakikatnya orang Melayu Malaysia kini sudah terbahagi kepada empat puak -UMNO,Pas,PKR dan Liberal.Orang Melayu Liberal,satu generasi baru ( tanpa semangat,jiwa dan roh Melayu Islam ) kini semakain ramai.Mereka tidak mahu bercakap mengenai soal kebangsaan dan keagamaan kerana bagi mereka adalah kolot.
Akan bertahankan orang Melayu untuk generasi akan datang? Tepuk dada,tanya selera.Jika bersatu kita akan kekal,jika tidak,sejarah tidak pernah berbohong.emm Renung-renungkanlah wahai bangsa Melayu..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home