Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, January 07, 2009

Kekejaman Israel


MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza,itulah wajah yang di tunjuk oleh muka depan akhbar utusan Malaysia hari ini.Sebagai umat islam apakah tindakkan kita,adakah kita hanya mendiam diri melihat saudara seagama dengan kita di bunuh dengan kejam.
Apakah tanggungjawap umat islam di dunia Arab,adakah masih dengan keegoan sendiri tanpa memikirkan atau membela nasib umat islam di Palestin.Berpuluh-puluh tahun umat islam di Palestine tidak dibela oleh umat islam di dunia arab yang masih bersetongkol dengan Amerika.Ayuh dunia arab keluarlah dari kelompok kongkongan Amerika yang kini menghadapi krisis ekonomi yang teruk.Moga dengan memboikot barangan Amerika dan Yahudi bakal meranapkan terus ekonomi Amerika.Kejayaan ini hanya berjaya jika dunia arab bersatu,Fikirkanlah nasib saudara kita di Palestine.Semoga roh mereka yang gugur di masukkan di kalangan orang-orang yang berjihad kerana mu Ya Allah.Amin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home