Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Saturday, June 26, 2010

Kemana arah 40 ulamak muda sertai UMNO?

Kenyataan awal ulamak-ulamak muda atas kemasukan sebagai ahli UMNO itu dengan tersendiri menyerlahkan ketewasan mereka dalam politik UMNO itu sendiri.Alasan ingin menegur dari dalam dan berdakwah dari dalam bukan saja dilakukan dari dahulu lagi oleh Parti Pas,sehingga sanggup bergabung dalam UMNO dan BARISAN NASIONAL.Antara ulamak terdahulu menyertai UMNO ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.Mereka semua itu lebih di kenali di mata masyarakat dan di hormati namun masih tidak dapat memperbaiki UMNO dari dalam,inikan pula Ulamak yang tidak di kenali di mata masyarakat bagaimana nak menasihati UMNO DAN JUAK-JUAKNYA.Begitu juga alasan Dato Sri Anwar Ibrahim juga memberi alasan yang sama walaupun di nasihat oleh ahli-ahli Politik bijak pandai ,namun niat suci itu akhirnya kecundang jua malah beliau di buang dan di hina sekeji-kejinya.Inilah di bimbangi dan di takuti keatas ulamak-ulamak ini.
Sebagai ahli biasa dimanakah ruang untuk menegur atau berdakwah atas segala keputusan ahli majlis tertinggi Umno,Sebagai ketua pemuda umno pun belum tentu boleh menghalang untuk meluluskan isu judi bola sepak,inikan pula ahli biasa dalam UMNO.
Ulamak-ulamak muda ini hanya mainan politik ahli-ahli umno yang telah hampir reput dan kehilangan sokongan.Bagaimana ingin berdakwah dan menegur keputusan Majlis Tertinggi Umno jika ahli biasa yang sudah tentu tidak ada dalam Masyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno ,Adakah Ulamak muda ini ikhlas atau hanya kepentingan sendiri atau ingin menyelamatkan diri daripada isu JI?.Janganlah keputusan ulamak-ulamak ini akan menyebabkan keangkuhan UMNO itu bertambah tinggi dan meyebabkan umat Islam di negara ini makin lemah dan di tindas.
Tahukan ulamak-ulamak muda yang berkata tidak ingin berpolitk dalam umno,bahawa dengan kemasukan mereka kedalam parti-parti politk sebenarnya mereka sendiri telah dipolitikan mcm mana kata tidak mahu berpolitik.Jika tidak ingin berpolitik ,jangan sesekali anda masuk parti politik? fikir-fikirkanlah...!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home