Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, August 31, 2005

Minyak..oil

"Dengan harga melepasi paras psikologi AS$70 mata itu, penganalisis pasaran menjangkakan harga bahan api itu kini menuju ke paras AS$80 setong, tahap yang sebelum ini tidak pernah difikirkan tercapai."Petikan akhbar Berita harian hari ini..
Nampaknya minyak petrol akan naik lagi jika keadaan ini beterusan,ini akibat kesan apabila taufan Katrina mengancam Teluk Mexico yang menempatkan sepertiga daripada loji pengeluaran minyak dan gas di Amerika Syarikat (AS).Kalau harga minyak semakin naik maka kita kena bersedia akan kenaikan harga barang2 lain,kira semua org akan naik minyak..(marah ).Kita tak boleh naik minyak ( marah) tak tentu pasal,ini boleh menyebabkan kita stress akibat perbelanjaan mungkin meningkat atau tidak mencukupi..oleh itu kita kena bersedia mengawal budget or perbelanjaan kita..Lambat laun kita akan terasa perningkatan harga2 barang dan perbelanjaan kita...
Antara yg boleh kita lakukan ialah berkongsi kereta or kalau ada dua kete tu kena guna satu je la( satu lagi park kat rumah ),atau jual satu kete lagi ikut penyesuaian..Makan kat kedai kena kurangkan,kalau dah makan KFC tiap minggu tu kena makan sebulan skali or 2 bulan sekali..Yang ada mak we tu kurang2kanlah belanja mak we tu..maklumlah mak we pun kena kurang budget so tentulah pak we kena support ..TEL or Handphone kena kurangkanlah biasa top up rm100 kena kurangkan rm50 sebulan..kalau nak cite banyak cara nak kurangkan budget or perbelanjaan but siapa nak dengar kalau itu tak ikut nafsu nafsi mereka/kita..Yang penting jika mampu kita buatlah macam biasa but jika terasa macam tak cukup je perbelanjaan akibat kenaikan minyak ni fikir2kan lah..

Tuesday, August 30, 2005

Mykad

Sikap rakyat malaysia yg suka membuat sesuatu pada masa last minutes , dah macam jadi satu budaya rakyat ini.Sehingga hari ini masih ada 2 juta penduduk rakyat malaysia belum menukar ke Mykad.Adalah silap pada pandangan saya ,untuk mengalakan penukaran mykad menyediakan cabutan bertuah..siap dapat kereta MyVI lagi.Galakan yg tak kena pada tempatnyanya....sepatutnya siapa yg awal buat mykad diberi imbuhan seperti cabutan bertuah ini ,tapi terbalik siapa lewat dapat imbuhan.sepatutnya yg lewat di denda..!.Setahu saya semasa belajar disekolah dulu siapa buat awal kerja sekolah diberi imbuhan tertentu seperti dapat markah lebih dari yg lewat,yg lewat pula didenda..tapi kerajaan kita mendidik sebaliknya pula..siapa yg lewat dapat hadiah atau imbuhan..emm pelik semakin pelik dunia hari ni..
Rakyat asing berebut untuk mendapatkan kerayatan negara ini,sebaliknya rakyat negara ini memandang remeh temeh soal kerakyatan.Macam mana nak hilangkan tongkat org melayu kalau sentiasa diberi imbuhan...?
emm inilah minda org melayu yg terhasil selepas 48 tahun merdeka.Sebelum kita mencapai wawasan 2020 satu paradigma perubahan minda melayu diperlukan..jika tidak kemajuan tinggal kemajuan..Kita sebenarnya kekekurangan pemikir melayu dalam setiap bidang dalam negara kita atau pemikir melayu tidak diberi peluang dalam membentuk negara ini,adakah golongan politik menjadi penghalang kepada pemikir2 melayu ini..renungkanlah..?

Friday, August 26, 2005

HOT..Panas

Hangat dan panas,itulah artis or model malaysia menunjukan semangat petriotik mereka.dengan hanya menutup tubuh dengan bendera malaysia,bergaya separuh bogel sungguh memalukan..adakah ini cara yg sesuai untuk menunjukan semangat petriotik mereka..mengambarkan kebebasan melampau,seolah2 kita bebas buat apa saja setelah merdeka..begitu cetek pengetahuan sejarah rakyat malaysia..Begitu sukar pejuang melayu untuk mendapat kemerdekaan negara tapi setelah merdeka 48 tahun inilah hasilnya..rakyat tidak berilmu dan tidak menghormati atau mengetahui sejarah..Bendera malaysia dipamir sebagi penutup tubuh yg gebu..emmm..
Wanita menuntut kesaksamaan dan penghormatan buat mereka,tapi mereka sendiri meruntuhkan sendiri kehormatan mereka dengan mempamirkan tubuh2 yg gebu dan separuh bogel...rasulullah telah meningkatkan mertabat kaum hawa..dari dibunuh ketika kecil oleh kaum jahilliah yang memandang hina kaum hawa..dan rasullulah memertabatkan temadun kaum hawa ke tempat yg sebenar,tapi mengapa mereka menjatuhkan mertabat diri sendiri dengan berbogel or separuh bogel di majalah2 atau iklan2 tv dll...fikirkanlah kaum wanita or hawa....tanpa mu siapalah aku didunia?

Thursday, August 25, 2005

Anak-anak


Alangkah bahagianya mempunyai anak-anak yang soleh.mereka dilahirkan bagai sehelai kain putih,kita sebagai ibu bapalah yang bertanggungjawap mencorakan mereka untuk menjadikan mereka org yg soleh .tanggungjawap sebagai bapa adalah terlalu berat tapi kita sebagai seorang lelaki selalu mengabaikannya..Kerana kerja,kerjaya yang sibuk kita leka dan lupa dengan tanggungjawap mendidik anak,kadang2 kita terpaksa menhantar anak dikampung untuk dijaga oleh nenek atau datuk..sedangkan itu tanggungjawap kita sebagai bapa,kenapa terpaksa menyerahkan kepada org lain untuk dididik.mungkin setiap org ada alasan mereka tersendiri..bagi saya jangan pisahkan anak2 dengan ibubapa,dekatilah mereka dan belailah mereka..setiap doa seorg anak yg soleh adalah anugerah yg tak ternilai di akhirat nanti..perceraian adalah musuh utama dalam membentuk dan mendidik anak2..mereka pasti kehilangan rasa rasa kasih sayang,belaian,pelukan ibu atau bapa, akibat perceraian ..jadi fikirkanlah demi anak2 mu....?
Bagaimana kita hendak membina sebuah temadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang sedangkan organisasi keluarga dalam masyarakat kita berpecah belah,becerai berai..Peringkat awal nabi muhammad ,ketika mula membina temadun islam ialah memperbetulkan akhlak manusia dengan membina keluarga yang sempurna dengan sistem perkahwinan yg halal semoga organisai keluarga berkembang sempurna..keluarga yang bertemadun membina negara yang bertemadun...?

Wednesday, August 24, 2005

Masih ada gotong royong?


Baru2 ni aku cuti balik kampung wife aku kat felda sg.koyan 1,aku balik sebab ada kenduri kahwin adik ipar aku..kat kg tu aku lihat masih wujud semangat tolong menolong ( gotong -royong).cuba lihat begitu ramai org tolong menolong memotong daging lembu untuk dimasak.Sibuk 2 aku menolong dapat juga aku ambil gambar ni,dekat 50 orang tua2 sedang memotong daging lembu untuk dimasak..cuma yang aku muskil tu mana org mudanye..emm mungkin org muda dah lupa untuk kita bersatu padu,kalau macam nilah kita org muda bersatu padu ,saya yakin bukan saje Amerika yg takut, israel pun tak berani untuk tentang kita,but mana nak dapat ni semua ,kita org muda dok buat hal sendiri2..malas nak tinggal kan programe tv ,nak tgk mawi (AF3) ,Malaysian IDOL dll .macam mana nak tolong org kg...emm so kita jangan leka wahai org muda,hari kemerdekaaan 31 hb ogos dah dekat,jangan jadi merdeka tinggal merdeka..selamat hari kemerdekaan...kibarlah bendera malaysia,banggalah jadi rakyat malaysia yang merdeka..MINDA PUN KENA MERDEKA BEB ?

Friday, August 19, 2005

Kursus..

asalamulaikum?..
Kadang2 bila dah lama keje,kita berada dalam mood yg dah boring keje.selalunye selepas 5 tahun mulalah kita boring,bosan ,jemu.Ini menyebabkan kualiti keje kita menurun dan hasilnya tidak seberapa.Bagi syarikat yg faham mungkin ada cara tersendiri untuk motivasi pekerja mereka agar terus cemerlang,tapi malanglah bagi syarikat yang tak faham dan tak ambil peduli pasal motivasi pekerja ni.lebih malang kalau pembangunan ilmu pekerja pun tak diambil peduli.Antara cara untuk
mempertingkatkan kualiti kerja pekerja ialah..mengadakan kursus2 motivasi,kursus berkaitan keje,mepertingkatakan kualiti keje,family day,melancong dan lain2..
U bayangkan seronoknye dapat majikan boleh fikir tentang ni semua but malang bagi anda jika syarikat u buat dont no je..fikirkanlah

Thursday, August 18, 2005

KASIH...


asalamualaikum..
bertemu lagi,tapi hari ini entah kenapa teringat pada emak di kampung,mungkin sekejap lagi kena call kampung.kasih dan jasa ibu sangat besar,bila kita menjadi ayah dan ibu baru tahu betapa kasih dan sayang seorang ibu atau bapa kepada anaknya,ambillah perhatian terhadap mereka,yang jauh balik lah sekali sekala ke kampung melihat org yg telah membelai kita sedari kecil,ciumlah pipi si ibu ketika masih hidup,bukan ciuman ketika jasad terkujur kaku..kenapa begitu sukar kita untuk mencium ibu bapa..?rugilah bagi mereka yg mencium ibubapa ketika jasad mereka terkujur kaku sedangkan ketika hidup malu dan segan melakukan nye..?

Tuesday, August 16, 2005

Bersama mu

asalamualaikum?
kadang2 sedih juga tengok rancangan bersama mu dalam TV3 ,kenapa masih ada rakyat malaysia yg bergitu daif,kais pagi ,makan pagi,kais petang tak de makan,apakah sistem demokrasi patut disalahkan atau wakil rakyat mereka disalahkan,masa pilihanraya yang daif di kendong,didukong ke pusat pemilihan,selepas kemenangan kaislah sendiri untuk makan..apakah kebajikan masyarakat tak ada sistem atau cara untuk membela mereka yg sebegini,bukan untuk memberi mereka makan tetapi beri bimbingan dan pertolongan untuk mereka menyara hidup,seperti membimbing membuka kedai burger,atau memberi kerja mengoreng kerepek atau apa saja,bukan mengemis dan mencari sampah sarap untuk dimakan..
cuma satu yg saya bangga,rakyat malaysia memang pemurah dan punye belas kasihan yg tinggi..pantang ada musibah dan memerlukan bantuan pasti ada penderma yang pemurah...saya doakan mereka2 ini di murahkan rezeki atas kebaikan mereka menderma tak kira untuk simiskin atau untuk yg mendapat bencana mereka sentiasa kedepan menderma...semoga rezeki sentiasa ada untuk mereka penderma..saya pun kadang2 tak mampu untuk menjadi sebaik mereka moga tuhan menambah rezeki ku untuk membuat kebajikan seperti mereka..insyallah..

Monday, August 15, 2005

Renungan..

Banyak artikel menarik dalam Mingguan Malaysia Semalam untuk dibaca,itu pun yang minat membacalah?..
Antaranya kuasa blok ekonomi yang baru China -India.2 buah negara yang besar punya penduduk yang ramai,disitu je kita dah nampak kuasa membeli dan kuasa tenaga buruh yg ramai.Memandangkan bahan tenaga seperti minyak makin meningkat tak mustahil pelaburan yang pesat akan beralih ke dua2 buah negara ini,yang mempunyai tenaga buruh yg murah dan kuasa membeli yang ramai.Perjimatan kos Pembuatan barang2 sangat penting untuk dunia hari ini,ketika harga barang2 dan minyak serta tenaga semakin meningkat..Apa yg membimbangkan ialah,apabila negara2 ini pesat membangun seperti Negara Jepun atau lebih lagi maka akan wujud satu blok ekonomi yang kuat,ini menyebabkan Amerika hilang daya saing dan mungkin akan menyebabkan krisis ekonomi..Bila ini berlaku tidak mustahil Amerika atau British akan menjajah kembali untuk mendapatkan sumber2 bahan mentah dan kewangan untuk memulihan ekonomi mereka..
Untuk China dan India Menjadi kuasa blok ekonomi yang baru adalah tidak mustahil,memandangkan Sejarah sudah membuktikan negara2 ini adalah sebuah Temadun dunia yang hebat..dan tidak mustahil dunia akan berputar kembali menjadikan China dan India sebuah Temadun yang hebat..? renungkanlah..
Artikel yang agak menarik perhatian saya ialah tentang Teknologi mengesan data melalui ibu jari..dimana semua maklumat tentang diri kita,samaada nama,akaun bank,tarikh lahir sehingga semua pekara memerlukan access melalui ibu jari yang mempunyai pelbagai rahsia kekusaan Allah...CUMA menariknye disini ialah adakah ia selari dengan ayat Alquran mengatakan tangan2 kamu akan bercakap sebagai saksi megenai kebaikan dan kejahatan kamu...maaf kerana tidak sempat menulis ayat yg sebenar tapi lebih kurang maknanya..Maksud nya Allah telah meberitahu kita kekuasaan dia yg memberitahu rahsia ini..Bukan anggapan kita selama ini tangan akan bercakap2 untuk memberitahu pekara yang sebenar...renungkalah kekuasaan Al QURAN tiada tandingan..
Semakin menarik untuk dibaca dalam Mingguan Malaysia semalam bila ada ruangan Temuramah dengan pengasas tabung haji bapa kepada Gebenor Bank Negara Malaysia sekarang ,Beliau merupakan salah satu inspirasi saya dalam dunia pemikiran minda Melayu bukan inspirasi saya dalam pemikiran Islam..ANTARA yang menarik diperkatakan oleh beliau ialah....org melayu adalah org terlalu tebal perasaan rendah diri..perasaan inilah yg ditinggal oleh penjajah untuk tidak berani menentang mereka,sehinggalah terbawa hingga kini,walaupun dah merdeka selama 46 tahun kita masih terjajah dengan perasaan rendah diri yg menebal..macam mana nak maju...renungkanlah..

Thursday, August 11, 2005

HAZE ( Jerebu )

adoiii Jerebu...ini dah macam tanda2 kiamat je ni.dah bersediake dengan amal yang ada?emm harap2 ni bukan tanda2 kiamat le..rasanye takut lagi nak hadapi semua tu..kalau jerebu macam ni barulah rasa naik motor seksa rasanye...mata rasa pedih,muka yg hensem rasa penuh debu..tekak sakit..kira2 bahaya..lah..masa ni baru lah rasa better naik kete..
so siapa yg gaji dah naik tu beli2lah kete hehehe..tapi tu la minyak naik lak,any way tolong fikir apa yg boleh ganti minyak utk buat tenaga..dengar cite minyak kelapa sawit boleh ganti desel..emm bagus tu..

Wednesday, August 10, 2005

minat dan berani pasti berjaya..

asamualaikum?
apa khabar?.sedar tak sedar kita habiskan masa dekat 8 atau 10 jam ditempat kerja,itu mungkin termasuk dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.belum lagi termasuk kerja lebih masa ( OT ).Bayangkanlah kita cuma ada masa 4 atau 5 jam je kat rumah sebelum tidur.Bagaimana kita nak hadapi hidup 8 or 10 jam kat office kalau kita tak berminat dengan kerja kita.Sanggup kah kita bekerja selama 20 or 30 tahun tanpa minat dengan kerja kita,habiskan masa 10 jam sehari terhadap kerja yang kita tak minat....?.hanya orang yang berani sahaja yang boleh jawap soalan ini...emm adakah anda yang berani menjawap selepas membaca tulisan ni...?
kalau kita rajin membaca kita dapati ramai org yg kaya or jutawan didunia ini adalah org yg tak pandai membaca,kadang2 tak pandai menulis ,tak pandai bahasa inggeris,tak de modal dll tapi mereka berjaya dan jadi jutawan kerana minat dan berani menaggung risiko dalam hidup mereka..Bayangkanlah Goh tong (genting) datang sini berbekalkan beberapa ringgit untuk hidup dengan pendidikan yang tak seberapa boleh menjadi jutawan....kerna apa..kerana berani menaggung risiko membuka hutan sebagai tempat peranginan,berani berdagang dari China ke malaysia.contoh2 lain antara nye Boon Siew (honda) ,Jackie Chan dll...tapi yang harus kita tahu, kita berada didalam bidang kerja yang tak akan buat kita jadi jutawan or hartawan..keje goment aduhhh..
So berani menaggung risiko untuk berjaya..Just do it..good luck?
Sebenarnye kita dah dididik untuk tidak berani menentang sejak dijajah oleh British..tidak berani melawan arus,tidak berani melakukan sesuatu,walaupun ia terbaik untuk kita...tidak berani menentang british,tidak berani menukar kerjaya,tidak berani berniaga,emm kalau nak tulis banyak sangatnye kita tak berani...?
U bayangkanlah seorang gadis yang telah bertunang dengan penuh upacara pertunangan melayu,di sulam dengan pantun-pantun2 melayu..Anda rasa berani tidak sigadis buat keputusan untuk memutuskan pertunangan jika ia rasa jejaka itu tak sesuai masa pertunangan itu..?rasanye banyak pekara ini terjadi..tidak berani buat keputusan untuk kebahagian diri sendiri..sanggupkah dia berpura2 bahagia sehingga akhir hidup dia..jika tidak kenapa dia tidak berani buat keputusan memutuskan pertunangan demi kebahagian hidupnye..atau menanggung kesedihan seumur hidup..Oleh kerana dididik dengan tidak melawan arus,menjaga maruah orang lain but bukan diri sendiri maka hidup terpaksa diteruskan begini dan seterusnye begini...tak bahagia dan tak kaya kaya hehehe.

Need more time?

HAI..sometime i think i need more time to talk with somebody who i love....
kadang2 masa masa macam tak mencukupi untuk kita bersama2 family,with ur best friend,rakan2 sekerja,itulah masa,masa ibarat emas begitu bernilai,masa tak menunggu kita but masa meninggalkan kita,kerana pentingnye masa maka allah turunkan wahyunye..."DEMI MASA.....?..emm kerana itu aku berharap org yang aku sayang akan faham jika masa aku ketika ini tidak bersama mereka???