Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, March 29, 2007

Bila satu jari sakit anggota yang lain terasa juga

TEHERAN: Keadaan di Teluk semakin tegang dengan kemungkinan tercetus perang baru di antara Iran, Britain dan Amerika Syarikat, selepas Washington memperhebat latihan ketenteraan di rantau itu, manakala London dan Teheran terus bertikam lidah mengenai penahanan 15 tentera laut British.Khabar angin juga tersebar bahawa tentera Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah sebuah kapal perang Amerika selepas Britain bertindak untuk membebaskan askarnya semalam.Washington dan London menafikan berita itu, tetapi menyalahkan Iran atas ketegangan di Teluk. Pergeseran tiga negara itu dan khabar angin berkenaan dilaporkan menjadi punca kenaikan harga minyak dunia kepada AS$69 (RM241.50) setong.
Bila harga minyak melambung naik bukan saja US, Britain dan lain-lain negara mengalami tekanan, negara kita yang juga pengeluar minyak mendapat kesan yang serupa.Tekanan hidup rakyat pendapatan rendah pasti terus menderita, puncanya yang kaya berebut kuasa, harta dan nama.S elagi keamanan di teluk tidak dicapai maka kita juga pasti terasa kesengsaraan mereka bersama, kerana kita sesaudara seislam, tidak dapat tidak tempias kesengsaraan mereka terpalik pada diri kita.Bagai satu jari sakit menderita sudah pasti anggota yang lain turut terasa juga kesakitanya. Fikirkanlah juga saudara kita di negara teluk kerana ia tetap saudara seislam kamu!

Wednesday, March 21, 2007

Jalan Pintas

Jalan pintas adalah kesukaan orang zaman kini terutamanya orang-orang di kawasan bandar termasukklah bandar-bandar seperti kuala lumpur,PJ,USJ dan lain-lain bandar utama.Oleh kerana ingin cepat maka jalan pintas adalah alternatif yang terbaik untuk kita,tapi adakah jalan pintas untuk kesenangan adalah sesuai untuk kita ikuti,hanya fikiran waras dan tenang dapat memberi jawapan soalan tersebut.Bangsa Melayu adalah orang yang amat teruja untuk mendapat kesenangan melalui jalan pintas untuk senang , ini terbukti sejak dulu dengan menjual tanah,harta pusaka,menyertai skim cepat kaya dan terbaru internet investment.Melayu..Melayu...Melayu, maaf cakap saya pun org Melayu juga, suka mencari jalan pintas untuk senang. Sanggup jual maruah bangsa demi harta dunia. Sebab itu bila ada saham cepat kaya orang kitalah yang ramai berduyun-duyun menyertainya. Orang kita takut bersaing dengan orang lain , semangat kita rendah mungkin dah tersimpan dalam keris yang berkarat itu . Ada satu lagi orang kita suka berrebut menjadi ahli politik sebab cara ini senang jadi kaya tak perlu melabur banyak-banyak asalkan pandai menipu sesama bangsa. Akirnya nanti kita macam mengemis di dunia Melayu disebabkan angkara ketamakan kita sendiri.

Tuesday, March 06, 2007

Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan!

Pembetulan dari ulasan terdahulu : Media arus perdana semakin diragui kejujuran apabila terbukti salah satu beritanya yang menyiarkan laporan tidak tepat berhubung keputusan SPM seorang pelajar cemerlang baru-baru ini.
Pada 4 Mac lalu, negara dikejutkan dengan pengumuman 'Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006' oleh salah sebuah akhbar yang disifatkan mendahului laporan rasmi Kementerian Pelajaran yang mengumumkan keputusan SPM semalam yang jauh berbeza dan keputusan sebenarnya ialah memperolehi 14A1
. Inilah akibat sikap gelojoh nak tonjolkan orang melayu cemerlang apabila hampir pilihanraya.Bila kaum lain yang cemerlang maka tiada pelajar cemerlang tahun ni.Semua nak di politikan!!!
Pelajar pintar yang berjaya mendapat 19 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, Nadiah Amirah Jamil, 18, akan menceritakan rahsia kejayaannya melalui dua buku karyanya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Kejayaan seseorang bukan datang dengan mudah, banyak pengorbanan dilakukan untuk menjadikan kejayaan sebegini cemerlang.Nampaknya record pelajar cemerlang tahun sebelum ini yang di pegang oleh Amalina telah dapat di pecah oleh seorang gadis bernama Nadiah.Adalah rugi jika para pelajar termasuk pelajar universiti tidak memperolehi buku catatan beliau sehingga berjaya sebegitu cemerlang.Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan, pahit manis, kesusahan, kegembiraan dan bermacam suka duka sebelum kejayaan di perolehi, semoga buku catatan beliau menjadi panduan kepada para pelajar di negara kita. Selamat maju jaya kepada beliau yang menaikan nama Ibubapa, sekolah, negeri, negara dan bangsa melayu amnya. Jika rajin berusaha tiadalah nama melayu malas,Melayu bodoh, sebenarnya orang melayu boleh melakukan apa saja tanpa tahap sepandan minda.Kejayaan membuktikan kita boleh!,malaysia Boleh.Teruskan usaha demi maruah bangsa dan negara.Cuma biarlah kejayaan di dunia di iringin akhlak yang mulia di sisi agama islam .Amin.