Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, July 31, 2007

Iraq Juara Piala Asia memberi seribu makna?


JAKARTA: Tandukan ketua pasukan, Younes Mahmoud menobatkan Iraq selaku juara Piala Asia buat kali pertama selepas menang 1-0 ke atas Arab Saudi pada perlawanan akhir malam tadi sekali gus disambut dengan beberapa siri tembakan senjata api di Baghdad. Iraq berjuang seperti mana negara itu sedang berjuang untuk mencari kedamaian di timur tengah.Semangat pemain yang luar biasa,kekentalan,kekuatan fizikal ,semangat bersatu padu di dalam padang , semua bekerja keras dan semangat tak mudah kalah mengambarkan semangat Iraq yang ingin menunjukan kepada dunia bahawa rakyat Iraq pasti bangkit dan akan mencapai kemenangan dan kedamaian seperti di tunjukan di pentas bolasepak kejuaraan asia.Walaupun tidak mempunyai kemudahan, kelengkapan sukan, kesukaran mendapat bantuan ,penerimaan berita sedih sebelum perlawanan akibat kematian saudara mara di negara mereka akibat peperangan, menjadi satu semangat kental bagi mereka, demi satu matlamat melonjakkan maruah negara di mata dunia.Tidak semuanya Iraq di hina,mereka juga ingin di sanjung.Begitulah kita bila negara kita susah,peperangan,tiada kemudahan sukan yang sewajarnya kita pasti bersemangat untuk berbakti pada negara demi sebuah maruah negara.Bagaimana pula negara kita yang selesa, mempunyai kemudahan padang bolasepak taraf 5 bintang, bermacam-macam habuan dan sponser tapi prestasi di bawah tahap memalukan.Tiada semangat ingin memertabatkan maruah negara di mata dunia malah dimata asia dan asia tenggara pun tidak boleh.Berbanding dengan zaman lagenda bolasepak Moktar Dahari dulu maruah negara adalah keutamaan dan tiada pilih kasih pemain atau anak emas jurulatih.Semangat juang negara di utamakan.Nama negara sentiasa di geruni apabila berkaitan dengan bolasepak.Keselesaan di liga Super menyebabkan prestasi pemain hanya di tumpukan di dalam negara untuk diri sendiri dan bukan untuk MARUAH negara lagi.Fikir2-kan lah

I

Wednesday, July 25, 2007

Jangan Cepat Menghukum Guru?

Teringat saya ketika di zaman persekolahan dulu, agak biasa bila melihat ada pelajar terpaksa berlari sekeliling sekolah, di rotan, berdiri atas kursi,cubit di pusat ,berlari keliling padang, kena membersih tandas akibat kesalahan disiplin di sekolah.Kekadang hanya tidaktidak hafal sifir pun kena denda, tapi sekarang lain anak-anak terlalu di manjakan , di jentik pun boleh ke balai polis.
Kisah murid yang didera guru banyak dipaparkan media, tetapi bagaimana pula kisah guru yang didera perasaan oleh murid, ibu bapa atau mungkin juga masyarakat tanpa memikirkan mereka juga insan biasa?.Pensyarah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba, berkata realitinya, apabila ibu bapa dan pihak sekolah tidak mempunyai hubungan yang baik, mula wujud perasaan saling tidak percaya antara kedua-duanya yang boleh mendorong kepada rasa tidak puas hati.“Hukuman dikenakan kepada anak bersebab. Kalau tradisi orang dulu apabila menghantar anak mengaji tidak halang guru atau ustaz itu memukul anak, asalkan tidak patah atau hingga membawa mati, tetapi hari ini pendekatan itu mungkin tidak sesuai kerana ramai yang gemarkan pendekatan psikologi.
Ibu bapa sekarang jarang ingin menghukum anak,walaupun ada hadis mengatakan jika anak tidak sembahyang bila berumur 10 tahun wajib di rotan,renung2kan lah

Monday, July 02, 2007

Petronas untung,untung dan untung lagi

PETRONAS melaporkan keuntungan sebanyak rm76 billion pada kewangan tahun lepas.Kalau petronas bagi ranya Rm 1500.00 kepada semua penduduk malaysia (22 juta) tak kira umur , kaum dan agama , petronas masih lagi ada untung Rm 41.8 Billion.
Rakyat malaysia pun sikit jika nak dibandingkan dgn hasil keuntungan negara yang sepatutnya dinikmati bersama (SEMUA RAKYAT MALAYSIA) bukan (RAKYAT YG KEJE NGAN GOVT SHJ) shj. kalo kerajaan brunei perangai dia sama mcm kerajaan malaysia rakyat dia pun gerenti suffer mcm kita.. nak kata mereka kaya, kita lagi KAYA!!.. cuma bezanya sultan brunei tak TAMAK HALOBA. mkn tak habis sisa dia bg rakyat.. kerajaan malaysia mkn tak habis dia cari kroni dia. kroni makan mesti kena habiskan jgn bagi ada sisa.. kalo ader pun tulang2 yang dia mmg dah tak boleh mkn itulah rakyat punya itupun khas utk yang bekerja ngan dia shj (YANG BEKERJA NGAN DIA PUN HAPPY SAKANN SBB DPT TULANG2 TGGU SELAMA 12 TAHUNN SYUKURR ALHAMDULILLAHH DPT GAK TULANG DRPD TAK DAPAT APERR2...).. akhirnya RAKYAT merana dinegara sendiri. terpaksa kejer lebih dari 10 jam, asal ader OT pulunnnn.. ari cuti pun bantai kejerrr... hnya kerana semata nak menyara hidup keluarga, tak cukup suami.. isteri pun kejerrr... nak bantu suami.. anak ditinggal dari pagi smpai mlm.. (memang rata2 suami isteri terpaksa kejerrr kat malaysia nie, buta lagiee kahhhhh..!!! ) tak terjaga tak terurus mana yang ader duit lebih upahkan kan org gaji dari seberang.. alih2 pelat anak pun bunyi mcm org seberang.. anak2 terpaksa survive setiap hari melainkan mak abah cuti, boring kat umah carik kawan sana sini, nasib tak baik anak buat video klip sendiri kerana nak mengisi masa yang amat membosankan. . blutooh sana sini, masuk paper metro 1 JULY 2007. Mak dan bapak juga yang dipersalah sbb kata tak tau jaga anak.. kesian kat mak dan bapak.. kejer siang malam nak cari kehidupan punya pasal nak carik mkn dan tempat tinggal punya hal.. rumah dan kereta satu keperluan.. harga rumah dgn kereta lebih kurang.. mahal satu mcm.. kualiti rumah bukan sekualiti wangg yang diberikan.. cari kereta yang baru tapi murah byk pulak ragam rasa tak berbaloi beli dgn harga sedemikian terpaksa support kerajaan. pakai jelah yang terpakai.. kerajaan ntah bila agaknya nak terpaksa support RAKYAT.. asik2 rakyat kena support kerajaan.. ntah lerrr ..."nukilan di hati " email dari sahabat zaharuddin @yahoogroup