Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, July 25, 2007

Jangan Cepat Menghukum Guru?

Teringat saya ketika di zaman persekolahan dulu, agak biasa bila melihat ada pelajar terpaksa berlari sekeliling sekolah, di rotan, berdiri atas kursi,cubit di pusat ,berlari keliling padang, kena membersih tandas akibat kesalahan disiplin di sekolah.Kekadang hanya tidaktidak hafal sifir pun kena denda, tapi sekarang lain anak-anak terlalu di manjakan , di jentik pun boleh ke balai polis.
Kisah murid yang didera guru banyak dipaparkan media, tetapi bagaimana pula kisah guru yang didera perasaan oleh murid, ibu bapa atau mungkin juga masyarakat tanpa memikirkan mereka juga insan biasa?.Pensyarah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba, berkata realitinya, apabila ibu bapa dan pihak sekolah tidak mempunyai hubungan yang baik, mula wujud perasaan saling tidak percaya antara kedua-duanya yang boleh mendorong kepada rasa tidak puas hati.“Hukuman dikenakan kepada anak bersebab. Kalau tradisi orang dulu apabila menghantar anak mengaji tidak halang guru atau ustaz itu memukul anak, asalkan tidak patah atau hingga membawa mati, tetapi hari ini pendekatan itu mungkin tidak sesuai kerana ramai yang gemarkan pendekatan psikologi.
Ibu bapa sekarang jarang ingin menghukum anak,walaupun ada hadis mengatakan jika anak tidak sembahyang bila berumur 10 tahun wajib di rotan,renung2kan lah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home