Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, July 31, 2007

Iraq Juara Piala Asia memberi seribu makna?


JAKARTA: Tandukan ketua pasukan, Younes Mahmoud menobatkan Iraq selaku juara Piala Asia buat kali pertama selepas menang 1-0 ke atas Arab Saudi pada perlawanan akhir malam tadi sekali gus disambut dengan beberapa siri tembakan senjata api di Baghdad. Iraq berjuang seperti mana negara itu sedang berjuang untuk mencari kedamaian di timur tengah.Semangat pemain yang luar biasa,kekentalan,kekuatan fizikal ,semangat bersatu padu di dalam padang , semua bekerja keras dan semangat tak mudah kalah mengambarkan semangat Iraq yang ingin menunjukan kepada dunia bahawa rakyat Iraq pasti bangkit dan akan mencapai kemenangan dan kedamaian seperti di tunjukan di pentas bolasepak kejuaraan asia.Walaupun tidak mempunyai kemudahan, kelengkapan sukan, kesukaran mendapat bantuan ,penerimaan berita sedih sebelum perlawanan akibat kematian saudara mara di negara mereka akibat peperangan, menjadi satu semangat kental bagi mereka, demi satu matlamat melonjakkan maruah negara di mata dunia.Tidak semuanya Iraq di hina,mereka juga ingin di sanjung.Begitulah kita bila negara kita susah,peperangan,tiada kemudahan sukan yang sewajarnya kita pasti bersemangat untuk berbakti pada negara demi sebuah maruah negara.Bagaimana pula negara kita yang selesa, mempunyai kemudahan padang bolasepak taraf 5 bintang, bermacam-macam habuan dan sponser tapi prestasi di bawah tahap memalukan.Tiada semangat ingin memertabatkan maruah negara di mata dunia malah dimata asia dan asia tenggara pun tidak boleh.Berbanding dengan zaman lagenda bolasepak Moktar Dahari dulu maruah negara adalah keutamaan dan tiada pilih kasih pemain atau anak emas jurulatih.Semangat juang negara di utamakan.Nama negara sentiasa di geruni apabila berkaitan dengan bolasepak.Keselesaan di liga Super menyebabkan prestasi pemain hanya di tumpukan di dalam negara untuk diri sendiri dan bukan untuk MARUAH negara lagi.Fikir2-kan lah

I

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home