Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, October 10, 2007

Angkasawan pertama negara lakar sejarah.


Angkasawan pertama negara berlepas jam 9.21 malam ini untuk misi 10 hari merupakan bakal melakar sejarah tersendiri buat negara yang baru menyambut kemerdekaan ke 50. Mungkinkah 50 tahun akan datang pula, negara kita akan mempunyai teknologi dan kapal angkasa sendiri untuk ke angkasa.Insyaalah.
BAIKONUR (KAZAKHSTAN): Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) memilih Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebagai angkasawan pertama dari Malaysia, menyertai misi ke angkasa lepas, dijadual berlepas dari sini, malam ini. Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu, akan berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko, dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome di sini, pada 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos sebelum ini. Malaysia mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home