ERTI KEHIDUPAN
Penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam apabila beliau selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menerima jantung seorang remaja Melayu yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, kelmarin. Remaja berusia 15 tahun yang identitinya dirahsiakan, turut mengakhiri penderitaan seorang lagi penghidap penyakit 'idiopathic pulmonary fibrosis' berusia 39 tahun apabila menerima paru-parunya. Kedua-dua penerima organ itu menjalani pembedahan lebih sepuluh jam di IJN, bermula jam 10.45 malam kelmarin. Pembedahan itu diketuai Ketua Pakar Bedah Kardiotorasik, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub dan Pengarah Klinikal Pemindahan Jantung dan Paru-Paru, Dr Mohd Ezani Md Taib.
IJN dalam satu kenyataan berkata, pembedahan itu membabitkan enam pakar bedah kardiotorasik, enam pakar bius, seorang doktor dari Institut Penyelidikan Respiratori dan 30 paramedik. Kedua-dua penerima organ berkenaan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN dan masih dalam keadaan kritikal. Menurut kenyataan itu, Tee yang mengalami pelbagai masalah jangkitan dan nutrisi badan semakin berkurangan, kini menggunakan mesin sokongan bagi membolehkan jantung barunya stabil.Emm begitulah erti satu kehidupan yang amat sukar,pada yang sihat jagalah kesihatan anda.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home