Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, December 28, 2007

Benazir bhutto yang ketawa dan yang menangis

BENAZIR BHUTTO mengikut jejak bapanya untuk menceburi politik dan kedua-duanya terkorban kerananya. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada awal 1970-an, dihukum mati di tali gantung pada 1979, manakala Benazir terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri, semalam. Dua saudara kandungnya – Murtaza dan Shahnawaz – juga mati akibat keganasan. Seperti keluarga Nehru-Gandhi di India, keluarga Bhutto di Pakistan juga terkenal dengan wangsa politiknya.
Apa pun ada pihak mengatakan beliau adalah Pro-Amerika sama dengan Presiden Pervez Musharraf yang patut umat islam perangi kerana mereka ini sering menyerang umat islam yang di anggap pengganas sama prinsip dengan amerika.Kerana itu kemungkinan pihak yang mendokong islam melakukannya.Tetapi tidak di nafikan juga mungkin perisik-perisik amerika yang melakukan letupan ini bagi mengharu-birukan politik Pakistan.Pilihan raya yang makin hampir bagi Amerika tak kisah sama ada Benazir atau Perez Musharraf yang menang kerana kedua-duanya adalah Pro Amerika. Bagi menambah haru-biru politik pakistan salah seorang mesti di hapuskan dan akan membuat Amerika campur tangan dan lebih kuat di Pakistan.Siapa yang bertanggung jawap sebenarnya masih di ragui ?.Kita lihat apa tindakan Amerika selepas ini dan tekanannya kepada Perez Musharraf.Apakah umat islam akan di jadi kambing hitam sebagai pengganas di Pakistan.Jika benar memanglah pembunuhan Benazir Bhutto sebagai satu cara pihak Amerika untuk campurtangan di bumi Islam Pakistan.Al-Fatihah bagi umat islam yang terkorban dalam letupan ini. Amin !!!!.

Wednesday, December 19, 2007

Banjir datang lagi!!




KUALA LUMPUR 19 Dis.- Hujan di beberapa tempat di Johor, Pahang Selatan, Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan hingga Khamis ini.Bantuan makanan yang dihantar oleh pasukan penyelamat melegakan penduduk yang terkandas di rumah masing-masing akibat banjir di Kampung Permatang Rendan, Cherok Paloh dekat sini, setelah terpaksa mencatu makanan sejak seminggu yang lalu.Kematian ketika banjir juga haruslah di ambil berat oleh ibubapa kerana kematian akibat banjir kini makin meningkat terutama kanak-kanak..Ibu bapa bertanggung jawap mengawasi kegairahan kanak-kanak bermain air yang jarang mereka temui suasana begitu.Banjir kali ini agak lebih besar pada tahun sebelum ini dan banyak jalan dan perhubungan terputus.Ini menyusahkan sebilangan rakyat untuk balik ke kampung menjelang hari raya korban pada khamis ini.Terputus hubungan menyukarkan lagi bantuan diberi kepada kawasan-kawasan tertentu sehingga terpaksa pertama kali menggunakan kapal terbang.Kesabaran pihak yang terbabit adalah di perlukan kerana keselamatan adalah yang paling utama.Melihat,mendengar saje tidak dapat merasai kesusahan dan kesukaran mangsa banjir, jika ada masa pergilah ke kawasan-kawasan banjir semoga keinsafan menjelma dalam diri kita.Hulurlah bantuan walaupun sedikit semoga allah membalas segalanya di akhirat.amin

Wednesday, December 12, 2007

KISAH PAKU SEBAGAI TAULADAN-MAAFKAN SAYA.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat atau sesiapa saja yang hampir dengan anda adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan kita ke arah kejayaan. Suami atau pun isteri , kaum keluarga, jirantertangga, sanak saudara dan sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih, tidak seperti kita yang sentiasa berbekas dihati. " Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda "...Dari sumber email sahabat.

Thursday, December 06, 2007

HINDRAF

Perhimpunan HINDRAF ( Hindu Right Action Force ) adalah cetusan rasa dari pada ketidak puasan hati kaum india yang beragama hindu dalam pelbagai isu di negara ini ( Malaysia ).Apa yang jelas Parti MIC kelihatan semakin jauh daripada kaum india.Kenapa mereka tidak memilih MIC bagi menyuarakan rasa tidak kepuashatian mereka.Adalah JELAS kaum india semakin tidak berpuashati pada parti MIC yang agak pasif bagi pandangan mereka.Saluran dari kaum bawahan seolah-olah tidak sampai ke pengetahuan Kepimpinan MIC yang di atas , sedangkan mereka bersatu dalam satu parti Barisan Nasional.Parti baru India yang di tubuhkan dan suara lantang dari parti India yang sedia ada jelas MIC kekurangan sokongan kaum india buat masa ini.Hak berhimpuan adalah hak rakyat yang mengamalkan demokrasi maka permit
or non permit adalah isu yang berlainan.Tanpa provokasi pasti perhimpunan akan berada dalam suasana aman.Kenapa bila Khairi menghantar memorendom kepada US Secretary of State Condoleezza Rice dibolehkan tanpa permit harus ada persoalan disitu?.Rakyat Malaysia sedar pertelingkahan kaum pasti membawa bencana, maka AHLI-AHLI POLITIK yang berkepentingan pasti memainkan isu ini maka kita perlu berhati-hati.Kita rakyat malaysia berfikiran SEHARUSNYA berfikiran waras bila berhadapan dengan sesuatu isu perkauman begini, jangan ikut emosi perkauman, sebaran fitnah sms, dll.Sayangilah keharmonian kaum di negara kita.