Benazir bhutto yang ketawa dan yang menangis
BENAZIR BHUTTO mengikut jejak bapanya untuk menceburi politik dan kedua-duanya terkorban kerananya. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada awal 1970-an, dihukum mati di tali gantung pada 1979, manakala Benazir terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri, semalam. Dua saudara kandungnya Murtaza dan Shahnawaz juga mati akibat keganasan. Seperti keluarga Nehru-Gandhi di India, keluarga Bhutto di Pakistan juga terkenal dengan wangsa politiknya.Apa pun ada pihak mengatakan beliau adalah Pro-Amerika sama dengan Presiden Pervez Musharraf yang patut umat islam perangi kerana mereka ini sering menyerang umat islam yang di anggap pengganas sama prinsip dengan amerika.Kerana itu kemungkinan pihak yang mendokong islam melakukannya.Tetapi tidak di nafikan juga mungkin perisik-perisik amerika yang melakukan letupan ini bagi mengharu-birukan politik Pakistan.
Pilihan raya yang makin hampir bagi Amerika tak kisah sama ada Benazir atau Perez Musharraf yang menang kerana kedua-duanya adalah Pro Amerika. Bagi menambah haru-biru politik pakistan salah seorang mesti di hapuskan dan akan membuat Amerika campur tangan dan lebih kuat di Pakistan.Siapa yang bertanggung jawap sebenarnya masih di ragui ?.Kita lihat apa tindakan Amerika selepas ini dan tekanannya kepada Perez Musharraf.Apakah umat islam akan di jadi kambing hitam sebagai pengganas di Pakistan.Jika benar memanglah pembunuhan Benazir Bhutto sebagai satu cara pihak Amerika untuk campurtangan di bumi Islam Pakistan.Al-Fatihah bagi umat islam yang terkorban dalam letupan ini. Amin !!!!.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home