Bersih,rakyat malaysia ingin kerajaan yang bersih
Nampaknya rakyat malaysia tidak gentar dengan ugutan dan memilih jalan raya untuk menuntut demokrasi tulen di negara ini. Walaupun media perdana dan para pemimpin tinggi kerajaan dan polis mengertak untuk menangkap sesiapa yang berhimpun pada 10 nov baru-baru ini.Berbilang bangsa turun di jalanan menuntut peliharaya yang bersih pada pilihanraya pada tahun hadapan atau akhir tahun ini.Perhimpuna 100 ribu ini di pandang agak berjaya kerana amaran dan gertak oleh pihak polis telah di buat dia media-media utama tetapi rakyat berbilang bangsa dan kaum masih berhimpun menuntut keadilan bagi generasi yang akan datang.Rakyat seolah-olah sudah bosan dengan pelbagai isu rasuah dan salah guna kuasa sejak kebelakangan ini,maka tidak mustahil sebagai bangsa malaysia yang mengamalkan demokrasi mereka turun berhimpun kerana ingin menunjukan kebebasan bersuara dalam demokrasi.Isu-isu seperti Altantuya, kenaikan tol, kenaikan harga barangan seharian, kes melibatkan pelantikan Ketua Hakim Negara, kes membabitkan Ketua Polis Negara dan sebagainya menyebabkan rakyat menyuarakan suara demokrasi dan menuntut pilihanraya yang adil buat mereka.Perhimpunan ini bukan merosakan perpaduan kaum kerana pelbagai kaum menyertai perhimpunan ini,ini mengambarkan kebangkitan suara rakyat meyeluruh.Kerajaan kena mengambil kira pandang mereka ini sebelum di hukum oleh rakyat malaysia.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home