HINDRAF
Perhimpunan HINDRAF ( Hindu Right Action Force ) adalah cetusan rasa dari pada ketidak puasan hati kaum india yang beragama hindu dalam pelbagai isu di negara ini ( Malaysia ).Apa yang jelas Parti MIC kelihatan semakin jauh daripada kaum india.Kenapa mereka tidak memilih MIC bagi menyuarakan rasa tidak kepuashatian mereka.Adalah JELAS kaum india semakin tidak berpuashati pada parti MIC yang agak pasif bagi pandangan mereka.Saluran dari kaum bawahan seolah-olah tidak sampai ke pengetahuan Kepimpinan MIC yang di atas , sedangkan mereka bersatu dalam satu parti Barisan Nasional.Parti baru India yang di tubuhkan dan suara lantang dari parti India yang sedia ada jelas MIC kekurangan sokongan kaum india buat masa ini.Hak berhimpuan adalah hak rakyat yang mengamalkan demokrasi maka permitor non permit adalah isu yang berlainan.Tanpa provokasi pasti perhimpunan akan berada dalam suasana aman.Kenapa bila Khairi menghantar memorendom kepada US Secretary of State Condoleezza Rice dibolehkan tanpa permit harus ada persoalan disitu?.Rakyat Malaysia sedar pertelingkahan kaum pasti membawa bencana, maka AHLI-AHLI POLITIK yang berkepentingan pasti memainkan isu ini maka kita perlu berhati-hati.Kita rakyat malaysia berfikiran SEHARUSNYA berfikiran waras bila berhadapan dengan sesuatu isu perkauman begini, jangan ikut emosi perkauman, sebaran fitnah sms, dll.Sayangilah keharmonian kaum di negara kita.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home