Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, June 30, 2008

Liwat- Konspirasi atau Kenyataan?

SHAH ALAM 29 Jun - Dakwaan liwat dan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan 'membunuh' karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah pandangan umum ketika ini.Ini bagai ada kebenarannya kerana Politik beliau berkembang pesat ketika ini dan agak menakutkan musuh-musuh politik beliau. apatah lagi beliau begitu yakin me war-warkan akan menukar tampuk pemerintahan pada 16 sept. ini.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.
Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keselamatannya terancam sehingga terpaksa meminta perlindungan daripada Kedutaan Turki di sini dianggap sebagai ‘‘tidak masuk akal sama sekali’’ kata hisham ketua Pemuda umno pula.
Anwar pula mendakwa ia satu lagi rancangan jahat diatur pihak tertentu sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehnya membabitkan salah guna kuasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Nampaknya suasana tak ketentuan terhadap dakwaan liwat ini dengan pelbagai pendapat yang berlainan, Mengambarkan ia adalah satu konspirasi yang terancang yang tidak tahu siapa berlindung di sebalik dakwaan ini.Peristiwa tahun 1998 berulang sekali lagi, sehingga kini tiada jawapan dan bukti yang pasti,hanya dakwaan.Adakah kali ini akan terjawap segala yang terlindung atau Negara kita sememangnya penuh dengan konspirasi.

Monday, June 23, 2008

Tips beli kereta baru anda?

Pelbagai Faktor perlu di ambil kira dalam pemilihan kereta tang mahu di beli pada masa kini akibat kenaikan harga minyak yang melambung tinggi.Kemungkinan kereta bersaiz kecil dan penggunaan minyak yang sederhana menjadi pilihan masa kini.Selain keupayaan engin , Pembeli yang bijak juga mengambil faktor-faktor lain kerana kereta digunakan untuk tempoh yang panjang sekurang-kurangnya 3 tahun dan ia juga di naiki serta di pandu oleh pelbagai jenis pemandu sama ada tua dan muda.Jestru selain dari beban minyak masa kini,
faktor lain yang perlu di pertimbangkan ialah faktor Keselamatan , Resiko kecurian, ketahanan mengikut usia dan jarak penjalanan adalah penting di ambil kira.Sesetengah pembeli juga terlupa menilai kos penyelenggaraan selepas di beli, Kemungkinan penyelenggaraan yang tinggi boleh membebankan para pembeli itu sendiri.Kemampuan untuk mengisi penumpang lain juga adalah selalu di ambil kira oleh pembeli dan selalunya bergantung pada jumlah ahli keluarga.
Di antara faktor-faktor tersebut, pembeli dan pemandu yang bijak pasti mengutamakan keselamatan sebagai sebab utama pemilihan kereta yang mampu di beli. Mungkin anda berlainan pendapat kerana kemampuan membeli adalah diri kita sendiri. Faktor keselamatan mungkin di abaikan disebab kan ke tidakmampuan.Allah hualam...

Tuesday, June 10, 2008

Kerja Sambilan , Hilangnya nalurikasih sayang?

Begitu parah sekali kedudukan ekonomi negara sehingga menyebabkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran bagi kakitangan awam sokongan (kumpulan gaji P1 T1) untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat untuk memperoleh pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.Jikalau sebelum ini CUEPACS tidak menggalakkan kenaikan gaji pada Julai 2007 kerana bimbang ia akan menjejaskan produktiviti kerja mereka dalam sektor kerajaan. Maka dengan ini secara tidak lansung menyebabkan produktiviti kerja dalam sektor kerajaan mungkin menjadi lebih parah lagi (from bad to worse) memandangkan kakitangan yang bukan dari kategori berjawatan rendah bukan makhluk kebal daripada kesan kenaikan harga petrol dan kenaikan harga barang.Bukan sahaja masalah kenaikan harga mendatangkan masalah ekonomi malahan ia akan memberi kesan kepada masalah sosial yang kini pun memang sudah parah. Anak-anak sudah jarang bertemu dengan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Maklum sahaja, menurut CUEPACS kerja-kerja sambilan ini dilakukan dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.Mari kita renungi. Purata kita bangun pagi pada sekitar 5.30 pagi. 5.30 pagi adalah waktu kita akan bersiap-siap untuk pergi kerja bagi ibubapa dan anak-anak pula sibuk hendak ke sekolah. Selepas itu ibubapa dan anak-anak akan terpisah. Ibubapa pergi bekerja dan anak-anak pula ke sekolah. Waktu tengahari ketika balik dari sekolah ibubapa tiada di rumah kerana bekerja dan untuk bertemu adalah ketika ibubapa kembali dari bekerja pada sebelah petang. Balik dari bekerja pada pukul 5.00 petang ibubapa mustahil pulang terus ke rumah. Terdesak dengan berbagai keadaan misalnya kesesakan lalu lintas menyebabkan mereka tidak bercadang pulang ke rumah kerana terus hendak ke tempat bekerja sambilan yang bermula pada 6.00 petang. Mula bekerja sambilan pada 6.00 petang sehingga sekitar 12.00 malam. Balik ke rumah anak-anak sudah tidur. Secara purata berapa jamkah dalam sehari seoerang anak-anak dapat bertemu ibubapa untuk berinteraksi dan berkomunikasi?Bayangkan apa akan jadi kepada negara 10, 20 atau 30 akan datang. Wujudlah insan yang tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ibubapa. Mereka ini nanti adalah terdiri dari jiwa-jiwa kehausan yang mudah memberontak.Maka mereka akan menjadi manusia-manusia pembengis, kejam dan tidak berhati perut dalam setiap tindakan yang dilakukan sesama manusia. Sikap bengis, kejam dan tidak berhati perut inilah yang menjadikan manusia mudah untuk saling benci-membenci dan lebih dahsyat hingga membawa kepada bunuh-membunuh... Maka nampaknya dunia ini semakin kejam dan ia bertambah parah, parah dan bertambah parah!!- Muzzafar Zabidin
http://www.muzzafar.com/index.php?p=view&id=10

Friday, June 06, 2008

Negara pengeluar minyak paling Malang?

UAE RM1.19/litre
Eygpt RM1.03/litre
Bahrain RM0.87/litre
Qatar RM0.68/litre
Kuwait RM0.67/litre
Saudi Arabia RM0.38/litre
Iran RM0.35/litre
Nigeria RM0.32/litre
Turkmenistan RM0.25/litre
Venezuela RM0.16/litre
MALAYSIA RM2.70/litre

Nasib malang rakyat negara ini terus berlaku walaupun ia merupakan negara pengeluar minyak.Berdasarkan statistik di atas betapa jauhnya harga yang di tanggung oleh rakyat malaysia sebagai pengeluar minyak.Penderitaan dengan kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga-harga barang lain makin menghimpit rakyat yang berpendapatan rendah.Subsidi yang diberi hanga kepada mereka-mereka yang mempunyai kenderaan seperti kereta dan motor ,tidak dapat memberi subsidi menyeluruh kepada rakyat negara ini.Bagaimana yang tidak mempunyai kenderaan sendiri adakah mereka tidak layak untuk merasai subsidi minyak yang hasil dari muka bumi yang di pijak bersama.Janganlah kita berlaku zalim keatas rakyat kita sendiri.Sesungguhnya Allah sangat benci kezaliman umut manusia ke atas sesama manuasia.Doa orang yang di zalimi amat di terima oleh Allah.Fikirkanlah bersama adakah kita pemimpin yang adil atau zalim?..