Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, August 28, 2008

Detik Permulaan dan adakah Akhirnya..

Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.
Saudara Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional. Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.
Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.
Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak yang besar kepada perubahan politik negara.
Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang, merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.
Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.
Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia, memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.
Liku perjuangan politik Anwar
Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk Anwar Ibrahim.
Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.
Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over kill'!
Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau sangat.
Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat.
Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!
Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio, internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.
Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN selama 50 tahun.
Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.
Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu BN.
Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.
Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal. Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.
Hasil kemenangan Anwar
Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu Melayu dan agama diketepikan rakyat.
Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN. MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan BN
Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir terkubur.
Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya.
Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.
Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir. Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan...artikel dari harakahdaily.

Tuesday, August 26, 2008

KENAPA ANWAR ENGGAN BERSUMPAH ( LIWAT ) ?

Desakkan demi desakkan di lakukkan terhadap saudara Anwar agar bersumpah dengan nama Allah untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat saudara SAIFUL.
Walaupun didesak pelbagai pihak beliau tetap berpendirian tidak perlu kerana nasihat para ulama terulung terhdapa beliau.Pandangan saya tetap konsisten terhadap saudara Anwar BERSETUJU agar beliau tidak bersumpah demi seorang pemimpin masyarakat dan dunia yang berperinsip dan berkarisma.Antara sebab-sebab beliau tidak perlu bersumpah pada pandangan saya dan mungkin juga pada pandangan belaiu ialah :
1. Pemimpin yang berperinsip.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang berperinsip teguh sesuai dengan ke tokohan beliau yang menjadi mentor kepada pengikut-pengikut beliau.Jika beliau sering bercakap tidak berperinsip akan membuat ketokohan kepimpinnan beliau di pertikaikan.Jika kita kata tidak perlu sebab pandangan ulama tersohor demi menjaga Agama Islam maka jika telah menetapkan begitu kenapa perlu bersumpah .Buat apa bersumpah jika kita tidak buat atau lakukan kerana bersumpah hanya sekali,jika banyak kali jadilah gembala yang menipu ada seri gala, orang tak akan percaya jika sering bersumpah atau menipu.Bagaimana jika selepas ini ada satu perkara lebih besar yang akan menyebabkan beliau bersumpah, maka sumpah yang kedua yang amat di perlukan ketika itu orang tak akan percaya lagi kerana berapa kali nak bersumpah.fikirlah,sumpah dengan nama allah jika benar kita perlu dan buat apa bersumpah kalau kita tak lakukkan sebab sumpah kita bukan 2 kali atau 3 kali. Apa pandangan saudara bila kata tahun depan baru ada Pilihanraya, tup-tup esok pilihanraya, kata 1 sept minyak akan turun harga, tup-tup semalam minyak turun harga, di sini kita akan lihat cakap bagai tidak berperinsip, maka itulah yang saudara Anwar tidak ingin berlaku pada diri beliau..
2. Sumpah di manupulasi
Belaiu adalah tokoh pemimpin yang mempunyai ramai penyokong dan ramai pula musuh dan bukan penyokong.Jika bersumpah kemungkinan besar sumpah beliau di manupulasi seperti Sumpah Saiful, Sumpah tak sah, sumpah tak perlu pegang Al-Quran, Sumpah tak perlu di Masjid, itu baru Saudara Saiful, Bagaimankah jika tokoh besar bersumpah maka manupulasi dia berbagai cara dan bermacam2 jenis yang datang dari musuh beliau sebab musuh tetap musuh 10 kali bersumpah pun takkan mereka terima,Kita kena faham realiti itu jadi untuk siapa Saudara Anwar bersumpah, jika untuk diri sendiri itu bukan sifat pemimpin, beliau akan bersumpah jika ia menjadi contoh atau pandua Masyarakat itu barulah Pemimpin.

3. Belau bukan Ulama tapi Ahli atau Tokoh Politik.
Jika beliau bersumpah hanya dapat menenangkan peyokong beliau tapi bagi musuh beliau 10 kali sumpah pun tak akan di terima maka sumpah beliau tak akan bermakna untuk menarik atau menambah sokongan jika di pandang dari segi Ahli Politik, Sebab Beliau Ahli Politik dan masaalah kes liwat ini pun dah di politikkan.Sebagai ahli Politik beliau tidak boleh membuat sesuatu untuk kepentingan diri, setiap perlakuan adalah untuk masyarakat sejagat bukan untuk masyarakat tempatan.Beliau tokoh yang di hormati oleh negara-negara Arab, ASIA dan serantau setiap perbuatan akan menjadi contoh.Jika beliau bersumpah maka jika ada masaalah berat maka semua akan guna sumpah sebagai benten mentahankan diri maka sumpah sudah jadi mainan agama islam.Kalau setiap pekara orang bersumpah kemanakah Kewibawaan mahkamah syraiah.
4. Menaikan Taraf Mahkamah Syariah
Dengan tidak bersumpah sewenang-wenangnya sebenarnya saudara Anwar telah menaikan taraf Mahkamah Syariah itu sendiri.Beliau pecaya kepada sistem perundangan Syariah di NEGARA KITA dan membawa kes ini ke mahkamah Syariah,Ini amat di sanjung tinggi kerana dengan bukti dan fakta di Mahkamah barulah kita bersumpah maka disini dapat di lihat mengangkat darjat Mahkamah Syariah itu sendiri.Bersumpa tapi meneruskan kes ke Mahkamah Sivil adalah tidak selari dengan Sumpah KERANA ALLAH,jika kerana Allah kenapa kes di bawa ke Mahkamah Sivil yang kini telah kurang di percayai kerana di ganggu gugat oleh Ahli Politik.

Monday, August 25, 2008

Apa jadi orang Melayu jika?

Di warung-warung kedai kopi di tepi simpang 4, di cafe-cafe berjenama sehinggalah di kanten-kanten tempat bekerja berbagai isu panas di bincangkan akibat bahana kepanasan Pilihanraya di Permatang Pauh.Perjuangan hidup mati saudara Anwar dalam Politik dan juga bagai hidup mati Politik BN @ Umno.Seluruh jenteran Parti masing-masing bergerak di Permatang Pauh bagai tiada tempat lain yang lebih penting dalam negara kita.Orang miskin di beri makan secukupnya, kalau boleh di suap, Orang yang sederhana ada bahagiannya dan orang yang berada ada Ganjaran yang mendatang.Untungnya kau Permatang Pauh.
Cuma terdengar di telinga cakap-cakap di kedai kopi, " Apa akan jadi bangsa Melayu jika Anwar jadi PM ".Bayangkanlah kalau 30 ahli Parlimen yang melompat itu semuanya berbangsa lain dari melayu, ini bermakna DAP bersama PKR yang separuh dari kaum lain di campur dengan ahli parlimen yang melompat makan bangsa Melayu jadi Monoriti.Ini lah yang rancak di perkatakan dan mungkin jadi kempen hangat di Permatang Pauh. Omokan ini langsung tidak menyentuh agama Islam dan Peranan Pas itu sendiri sebagai perjungana Agama Islam itu sendiri. Perjuangan bangsa Melayu tanpa menyebut Islam itu bersama bagai kita memperjuangakan perjuangan Bangsa di Zaman Jahiliah dulu.
Mungkin Bangsa Melayu ingin menjadi seperti perkauman di Afrika ( dasar Apartide ) , kalau boleh hendak Universiti Sendiri (Memang ada ), Pasaraya Giant,Carefore,Tesco sendiri dengan harga istimewa kaum sendiri, Padang Permainan untuk kaum sendiri sehinggalah Pengangkutan Awam untuk kaum sendiri. Bayangkanlah jika perjuangan bangsa menjadi Teras sesuatu kaum maka tidak akan habis permintaan untuk menaikkan kaum mereka sendiri dan ini pasti membuat suasana perkauman yang boleh membuat pergaduhan kaum yang mengerikan. Permintaan kaum janganlah sehingga menjadi kehendak bangsa Israel di bumi Plastine.
Oleh itu ketakutan orang Melayu haruslah di sandar ke pada Islam bukan Perkauman dan disinilah Peranan PAS yang mewakili umat islam terus berfungsi di bumi Melayu.
Muzakarah PAS dengan Umno adalah bukti kematangan PAS dalam arena Politik Malaysia, Ini kerana PAS telah nampak apa yang di bimbang oleh Bangsa Melayu jika menjadi monoriti di bumi sendiri. PAS akan menjadi penyelamat untuk agama Islam itu sendiri dan seterusnya Melayu Islam di negara kita.Insyaalah..

Monday, August 18, 2008

UITM ..Ayuh Bangkitlah


Baru-baru ini dengan tak semena-mena Uitm cuba menunjuk jaguh di gelangan bagai tersentak bila Menteri besar Selangor mengulas menyokong pendapat dan kajian daripada Dr. Halimah dari institut Kajian Pendidikan supaya membenarkan 10 % pelajar kaum lain di benarkan belajar di Uitm.Mungkin bakal graduan-graduan ini tersentak atau ketinggalan zaman mengenai isu ini, Sedangkan Kerajaan sebenarnya telah pun meluluskan kemasukan 10% bukan Melayu ke UiTM ,Sila rujuk akhbar THE STAR 16hb August 2008. orang MCA Dato Ong TEE Keat, pun menyatakan kehairanan nya. Sebab beliau tidak faham apa yang UMNO dan VC UiTM bising2 kan. Sila rujuk akhbar tersebut. Beliau menyatakan yang kemasukan bukan Melayu ke dalam UiTM telah pun di luluskan oleh kerajaan UMNO, ketika beliau masih menjadi Timbalan Menteri Pelajaran lagi. Ini cerita lama, saya pun tak ingat bila Dato menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau juga menyentuh tentang kemasukan pelajar2 dari luar negeri di UiTM. Kata beliau kalau pelajar luar negeri boleh masuk belajar di UiTM, mengapa pelajar bukan Melayu Rakyat Malaysia tak boleh.Rakyat sendiri di diskriminasikan, tetapi rakyat luar negeri di susukan, Sekali lagi sila rujuk pada akhbar berkenaan. Apa lah buat bising pada sesuatu yang UMNO dah luluskan.Dalam dunia Globalisasi semua Universiti telah mengambil pelajar-pelajar asing yang merupakan berlainan kaum ,bangsa dan agama seperti juga UIA, ini membolehkan para pelajar mereka berdaya saing di era dunia Globalisasi ini dan ia akan menaikan taraf Universiti itu sendiri. Apa yang saya tak faham adakah graduan Uitm ini masih "Katak Di Bawah Tempurung" asyik dengan dunia sendiri dan takut bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Jika begini apakah kualiti graduan itu sendiri yang senang di Politikkan. Ayuh !!! Graduan Uitm Bangkitlah jangan terkongkong dengan kefahaman perkauman yang sempit kembalikan kepada islam sesungguhnya tiada perbezaan kaum sesama islam.Ayuh!!! bangkitlah Graduan UITM ke alam Globalisasi...?

Wednesday, August 13, 2008

UIAM HILANG IDENTITI? KITA SERUPA.


Pada 23hb ~ 25hb Ogos 2008 sekali lagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -UIA M/(IIUM) akan mengadakan majlis konvokasion kali ke 24 seiring dengan sambutan penubuhan uiam ke 25 tahun ( Jubli Perak ).Sambutan kali ini di anggap istimewa kerana jatuh pada tahun ke 25 penubuhan UIAM ,jadi sambutan di buat secara besar-besaran, semua yang buruk di tukar baru dari Robe majlis konvokasion hingga ke lampu-lampu jalan yang terbakar selama 1 ke 2 tahun di tukar kembali dengan segala2 yang baru.Segala-galanya nampak sempurna sehingga Warga Pentadbir,Pengurusan, Para Pengajar,Pensyarah dan Professor tidak sedar dalam mendapat sesuatu yang baru dan cantik kekadang kita terlupa identiti kita sendiri.Bagai Mendapat isteri cantik kekadang kita terlupa tujuan hidup kita kerana untuk beribadah kepada Allah dan bukan hidup kerana Isteri yang cantik. Apabila di lihat pakaian Robe baru majlis konvokasion kali ini tidak nampak cacat dan cela, dari penjimatan yang di rangka untuk jangka panjang yang memberi Robe yang sama untuk memudahkan pesanan yang seragam untuk semua Kulliyyah.Ini dapat mengelakan perbezaan Robe antara Kulliyyah yang menyukarkan untuk membuat tempahan akibat perbezaan warna diantara Robe kulliyyah2 tersebut , dimana dengan penambahan graduan-graduan setiap tahun dalam berbagai kulliyyah memang sukar untuk menempah atau menambah bilangan robe mengikut Kulliyyah yang berbeza-beza.Tidak hairanlah UIAM sanggup menukar semua Robe dengan berbelanja sebanyak rm 2 Juta.Dalam kegairahan melakukan perubahan tanpa disedari telah menghilangkan identiti majlis konvokasion UIAM itu sendiri yang dahulu memakai Songkok melambangkan Keislaman UIAM itu sendiri.Kini UIAM itu sendiri bagai sama dengan IPT dan IPTS lain di negara ini.Apakah ini selari dengan Vision UIAM itu sendiri dengan menyokong Islamization sebagai salah satu Vision dan Mission Universiti itu sendiri.Mungkin kita terlupa atau ada tekanan Politik yang di war-warkan sebelum ini oleh Lim Kit Siang dari Dap..Hanya Warga UIAM yang boleh menjawap adakah ini di bawah kerelaan warga ahli UIAM itu sendiri.Tepuk Dada Tanyalah selera .Mungkin lepas ini Kulliyyah di tukar pula pada Fakulti pula. Allahhualam..

Thursday, August 07, 2008

Apa Pertimbangan Anda kes Saudara ANWAR?

Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan."

10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR
.

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.
.
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh
Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

posted by others blogger