Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, November 24, 2008

Hentikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Saya agak amat tidak setuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak dulu lagi.Nampaknya pandangan saya sealiran dengan Tokoh Akademik Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karin yang juga tidak bersetuju jika Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di teruskan,Yang setuju nampaknya bukan ahli Akedemik tapi Ahli-ahli Politik termasuk lah Chedet yang bersungguh-sungguh memeprtahankannya dasarnya dahulu.
Bagi Prof.Emeritus Datuk Nik Safiah Karim berpendapat,pendekatan untuk menjadikan pelajar mahir dalam Bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kurang tepat, "Matematik dan Sains ada banyak terma yang agak sukar untuk pelajar fahami,lebih-lebih lagi pelajar di luar bandar.Dalam pada itu tanpa menafikan kepentingan Bahasa Inggeris,Beliau mencadangkan agar penggunaan bahasa itu di gunakan dalam mata pelajaran lain melibatkan bahasa seperti Sejarah atau Sastera.
Bagi pandangan peribadi Saya dari kampung yang tidak ada Prof. ni,memang lah amat saya tidak setuju Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa Inggeris tapi matapelajaran mungkin boleh di pertimbangkan .Saya dapati sistem pelajaran sekarang hanya pentingkan Keunggulan Akedemik ,Seolah-olah semua anak-anak sekolah itu cerdik dan pandai,tidak memikirkan status pelajar yang lemah,malas, pergi sekolah pun mujur,di pendalaman2 di Serawak,Ulu Pahang dan di lain Pendalaman.Adakah mereka ini berminat nak belajar Matepelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedangkan Menulis,membaca masih merangkak-rangkak,Adakah ini menambah minat mereka untuk sekolah.Sebenarnya dengan menyukarkan lagi subject yang sukar seperti Matematik dan Sains sememangnya sukar di tambah dengan dia jar bahasa Inggeris adakah ia menambah minat Pelajar-Pelajar di luar bandar hendak pergi sekolah atau menambah minat mereka belajar.Teringat sewaktu saya di sekolah rendah dahulu,mentaliti pelajar-pelajar di kampung atau luar bandar yang tak berminat Belajar Bahasa Inggeris,Bila hari itu ada Subject Bahasa Inggeris sanggup tidak hadir hari itu dan akan hadir bila tiada Bahasa Inggeris di ajar pada hari itu.Jadi dengan di tambah Matapelajaran lain dalam Bahasa Inggeris tak mustahil banyak hari mereka mengelak untuk hadir ke sekolah.Ini cerita sekolah-sekolah pendalaman orang Asli atau sekolah-sekolah pendalaman di Serawak,Ulu Tembeling di pahang dan lain-lain kawasan Pendalamn. Di Bandar-bandar mungkin tidak menjadi masaalah, adakah sistem pendidikan kita hanya untuk orang-orang di bandar dan Golongan kaya/Berada atau Golongan Pertengahan sahaja.Adakah sistem pendidkan hanya berkepentingan menjadi yang bijak dan kaya semakin bijak dan kaya,tapi yang miskin tidak pandai semakin papa dan semakin Bodoh.Bagi saya anak-anak sekolah di pendalaman hanya ingin belajar mengira dan menulis untuk di impliment/di terjemahkan dalam kehidupan Mereka sehari-harian.Pandai mengira dan menulis sudah cukup bagi mereka untuk mengira hasilTanaman ,Tangkapan dan mengira pendapatan seharian dalam kehidupan mereka.Jika di ajar dalam bahasa Ingeris bolehkah mereka memahimi pelajaran itu,bagi mereka pandai membaca dan mengira pun sudah mencukupi untuk membantu kehidup an mereka seharian,Tak perlukan berbahasa Inggeris ketika mengira hasil tanaman di Ulu Serawak atau pendalaman.Pandai mengira dan ingin ke sekolah pun dah kira ok/bagus bagi mereka.
Polik mengenai Bahasa berterusan,Papan Tanda berbagai Bahasa pun menjadi Kudis di Pulau Pinang,tapi bahasa Inggeris dalam sukatan pelajaran Matematik dan Sains tidak lak di tentang,Bahasa Papan Tanda Bahasa Melayu yang lintang Pukang Dipermis-permis Perniagaan tidak pula di marahi atau di Perbetulkan.Pening kepala jika di fikir kemana arah Bahasa Melayu..Anda Pula Bagaimana..?

Friday, November 21, 2008

Beruntungnya seorang wanita

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

Wallahualam. . " di perolehi dari sumber email kekawan ". Wallahualam.

Wednesday, November 19, 2008

UIAM muncul institusi pengajian tinggi ketiga dunia raih anugerah BSC

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul institusi pengajian tinggi (IPT) ketiga dunia dan pertama di rantau Asia Pasifik meraih Anugerah Balance Score Card (BSC) Hall of Fame for Executing Strategy sebagai mengiktiraf kejayaan menggunakan pendekatan dan metodologi BSC, baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Pencipta Konsep BSC, Prof Dr Robert Kaplan kepada Dekan Bahagian Strategi Korporat dan Jaminan Kualiti UIAM, Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar yang mewakili Rektor UIAM pada satu majlis berlangsung di Seoul, Korea Selatan sempena Persidangan BSC 2008.

UIAM dipilih penerima anugerah itu setelah berjaya mencatat pencapaian membanggakan sejak mula mengintegrasikan pendekatan BSC dalam pelan strategi universiti berkenaan pada 2000.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid dalam satu kenyataan, berkata pendekatan BSC diambil bagi memudahkan strategi mencapai sasaran muncul sebuah universiti berteraskan penyelidikan di rantau ini.

Katanya, pelbagai strategi diatur UIAM yang membawa kepada kecemerlangan merangkumi aspek perolehan geran penyelidikan, jumlah produk dipatenkan, penerbitan dan penyelidik berkepakaran hasil pelaksanaan pendekatan BSC.

“Menerusi pendekatan berkenaan, skala pencapaian dapat dikenal pasti, sekali gus memastikan status kejayaan universiti mengikut perancangan.

“Sistem BSC juga mampu memantapkan hala tuju universiti kerana menerusinya semua kakitangan universiti faham akan tanggungjawab masing-masing, sekali gus membantu mencapai visi dirancang,” katanya.

Katanya, perubahan jelas ketara sepanjang empat tahun pelaksanaan metodologi itu apabila perolehan geran bagi tujuan penyelidikan meningkat lebih 400 peratus, selain peningkatan sekali ganda produk berjaya dipatenkan.

Malah, katanya 40 peratus kuliyyah di UIAM turut diiktiraf sebagai pakar dalam bidang masing-masing berbanding hanya kurang 10 peratus, sebelum itu.

Sebelum ini, dua IPT antarabangsa iaitu Universiti of California San Diego, Amerika Syarikat dan University of Leeds, United Kingdom turut mendapat pengiktirafan anugerah yang sama.
Adalah tidak mustahil UIAM akan menjadi antara 200 Universiti terbaik dalam masa 5 tahun lagi,Jika Pelaksaan dan percapaian BSC berterus di ambil kira.Tunggu dan lihat ...walluhalam

Thursday, November 06, 2008

Di lema Melayu Kini?

Kuasa Melayu semakin tercabar selepas Pilihan raya ke -12 (PRU 12 ),Apabila banyak pemimpin-pemimpin Melayu dalam Umno di tolak oleh Kaum Melayu akibat tidak berubah dari segi rasuah,penyelewengan kuasa,kroni, kehakiman yang di ragui, kesempitan ekonomi ,Politik Wang dll.Akibat keputusan Pru 12 itu kaum Cina dan India bagai naik tocang menuntut pelbagai hak sama rata antara kaum,sehingga kontrak sosial juga di pertikaikan.
Melayu kini terdesak,bagai tiada pilihan lagi ,jika ingin terus kuasa melayu berkuasa maka tiada lain selain Umno,Jika PAKATAN RAKYAT berkuasa belum tentu Melayu mempunyai kuasa.Pemimpin umno silih berganti,mencari yang bermoral dan bijak kepimpinan adalah amat sukar.Tun Sri Dr.Mahadir mantan PM seorang yang bijak meminpin tapi moral beliau di pertikaikan,manakala Pak lah,moral di tonjolkan tapi daya kepinpinan amat lemah,sehingga kaum lain naik tocang merisaukan kaum Melayu sehingga beliau di minta meninggalkan kerusi Presiden Umno,secara automatik tidak lagi menjadi PM malaysia.Apakah kehendak orang Melayu sebenarnya?
Jika pemimpin bermoral dan daya kepimpinan yang bijak tidak dapat di beri oleh Umno.Sekali lagi Umno Menonjolkan pemimpin baru mereka ialtu Presiden baru Umno iaitu datuk sri najib yang bijak berpolitk dan daya kepinpinan yang terserlah tapi moral di pertikaikan? Ada kalangan orang Umno Berkata biarlah Moral di persoalkan tapi kepimpinan beliau di hargai,di hormati oleh kaum Cina,india dll.Ia bagai menyelamatkan kuasa Melayu di negara ini.Moral yang baik belum tentu dapat Meyelamatkan kuasa politk melayu tapi daya kepimpinan dan kreatif berpolitik tanpa moral kekadang Menyelamatkan Kuasa kaum Melayu.Oleh itu kaum melayu bagai dilema,Umno tidak dapat memberi Pemimpinan bermoral dan bijak kepimpinan, cuma salah satu di antara dua sifat itu.Melayu dalam dilema adakah tanpa moral perlu di sokong demi Kuasa Melayu di negara ini.Atau pilih moral tapi kuasa melayu makin di hapuskan..Terpulanglah pada bangsa Melayu buat pilihan?Jadi anda pilih yang mana jika anda Bangsa Melayu berugama ISLAM?