Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, June 19, 2009

Hapuskan Umno,Baru Fikir kerajaan Perpaduan?


Apabila berbual di warong-warong di simpang tiga, mendengar sendiri suara akar umbi Pas ,Baru kita dapat rasa kebenaran kata Tuan Guru Nik Aziz.Idea kerajaan Perpaduan yang di lontarkan oleh Presiden Pas sebenarnya telah membibik perpecahan di dalam pakatan Pembangkang dan membisikkan perpecahan terhadap ahli Pas itu sendiri.Apakah akan terjadi jika Penyokong Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang,memulaukan undi di Manik Urai,bukankah itu yang di kehendaki oleh Umno.Melihat Perpecahan Pas didalam Pakatan Rakyat amatlah dirindui oleh Umno.Bisikan kerajaan Perpaduan menyebabkan Kelab Penyokong Pas Berfikir dua kali untuk menyokong Pas.Adakah Pas pun sama seperti melayu dalam Umno yang suka memungkiri janji ,sama bersikap gelojoh kepada jawatan dan sebagainya.Tuan Guru Nik Aziz telah membenihkan kejernihan dan kebaikan Pas,Sehingga ada kaum lain berkata "Tuan Guru, Tuhan Punya tak bikin jahat punya",apabila ada orang melayu cuba memburukna Tuan Guru Nik Aziz.Sehingga begitu tanggapan kaum lain terhadap Tuan Guru.Adakah perlu kita hapuskan tanggapan dan anggap yang baik begini terhadap Tuan Guru dan Umat Islam khasnya,di sebabkan isu kerjaan Perpaduan semua bagai di palit Najis ,terutama kepada parti Pas itu sendiri.
Cubalah di renongi, Kemenangan Kerusi PAS di negeri Johor adalah sumbangan siapa,bangsa apa dan sudah tentu Kelab Penyokong Pas menjadi peranan utama di sana.
Tuan Guru Nik Aziz telah memainkan peranan yang cukup baik di Kelantan sehingga kaum lain sanggup memberi undi kepada Pas dan tidak membezakan gap ugama,bangsa dan Pangkat.Inilah merupakan kerajaan perpaduan sebenar bukan bisikan kerajaan Perpaduan dari Umno yang sebenarnya meniup api kemarahan dan perpecahan di kalangan ahli PAS dan ahli Pakatan Rakyat.
Nik Aziz juga dipetik berkata Pakatan Rakyat ketika ini yang sebenarnya kerajaan perpaduan.
"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan 'Islamophobia' oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.
Ada ahli Pas di warong kopi simpang tiga berkata umno itu perlu di hapuskan seperti kita perlu menghapuskan Tugu Negara ,kerana Tugu Negara itu terang-terang telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno itu syirik dan munafik.Hapusnya tugu negara bermakna hapusnya Umno .Hapusnya Umno bermakna tertegaklah islam di Malaysia dan Hapusnya Umno bukan hapusnya Melayu,Melayu pelbagai jenis ada melayu Lina Joy,Ada melayu Ayah Pin ,Melayu yang syirik dan bermacam-macam jenis melayu,bak kata Melayu yang sepatutnya terhapus tapi bukan melayu islam seperti Pas. Hapusnya Umno ,baru fikir memantapkan kerajaan Perpaduan yang sedia ada.Walluhualam.

Wednesday, June 17, 2009

Iran apa dah jadi?


TEHRAN: Tujuh terbunuh apabila pondok kawalan tentera diserang berhampiran tapak perhimpunan yang bermula sehari lalu di sini bagi membantah pemilihan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad, pengumuman yang dibuat radio Payam, hari semalam.
Laporan-laporan berita sebelum ini mengatakan pilihan raya presiden Iran kali ini sengit dan hebat. Dr Mahmoud Ahmadinejad dikatakan tercabar dan kemungkinan akan kehilangan jawatan itu. Beliau dicabar oleh tiga calon lain. Bagaimana pun calon yang mengikut rapat dan dikira akan memberi tentangan ialah Mir Hossein Moussavi.
Moussavi dikatakan reformis yang ingin membawa pembaharuan di Iran. Membuka Iran dari dunia terlungkupnya kepada dunia global dan liberal.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri terakhir di zaman revolusi dikatakan mampu membawa keamanan di Iran serta mengurangkan ketegangan hubungan Iran dengan Barat khsusnya Amerika.
Moussavi juga dikatakan mendapat sokongan dari kalangan orang muda. Inilah modal atau pun aset mengatakan Moussavi akan menang.Tapi siapakah di berselindung di sebalik beliau adakah regim barat?
Manakala Ahmadinejad pula lebih dilihat konservatif mempertahankan dasar dan polisi Iran yang bersifat anti Barat selama ini di samping akan terus meneruskan projek pembinaan tenaga nuklear yang ditentang Barat.
Kesederhanaan wataknya yang nampak tulus dan jujur. Wajahnya juga menggambarkan dia seorang pemimpin berwajah rakyat tidak hipokrit.
Dari wajahnya tidak menunjukkan dia keturunan bangsawan dan suka bermewah atau bercakap besar. Karektornya juga sangat sesuai untuk memimpin rakyat Iran yang bermati-matian mempertahankan sebagai satu-satunya negara legasi ummah Islam di dunia ini dari disulupi pengaruh Barat.Adakah demostrasi demi demostrasi akan menyebabkan Iran berpecah dan tunduk kepada dunia barat,Bukan kah itu kehendak negara Barat?Kemenangan Ahmadinejad sebagai Presiden Iran Ke 10 sedikit sebanyak melegakan dunia islam yang tidak beregimkan ke Barat.Berpecahnya Iran membuatkan maruah negara Islam makin di perkotak -katikan oleh Negara Barat .Wallahualam...

Monday, June 08, 2009

Kerajaan Perpaduan- Kelebihan Buat PAS?


Kerajaan Perpaduan adalah satu idea yang futuristik dari seorang Presiden Pas yang memandang jauh kehadapan yang mana ada ahli-ahli Pas masih tercari-cari jawapan yang sebenar,mengapa kerajaan perpaduan ini timbul dari mulut seorang Presiden PAS.
Kedudukkan kerusi Parlimen selepas PRU-12 ialah,UMNO= 78,PAS= 23,PKR= 31 dan DAP= 28, dan dijangkakan UMNO akan kehilangan kerusi lagi pada PRU -13,maka jangkaan dan andaian yang di buat kerusi Parlimen selepas PRU ke 13 ialah tiada lagi parti yang dominan menguasai kerusi Parlimen,,di mana di jangkakan parti Umno akan terus merosot bilangan kerusinya dan parti-parti lain pula tiada yang paling dominan,
kemungkinan kedudukan kerusi PRU 13 ialah UMNO= 49, PAS= 50, PKR= 31,DAP = 30, maka ketika itu barulah kerajaan Perpaduan itu Relevan dan di sedari oleh ahli-ahli Parti Pas bahawa betapa pentingnya tidak menolak kerajaan perpaduan sebegitu awal.Di jangkakan sabah/serawak yang mempunyai kerusi =62 setia bersama BN maka jumlah kerusi menjadi UMNO/SABAH SERAWAK=111 kerusi Parlimen dan Gabungan Pakatan Rakyat( PAS/DAP/PKR )= 111 kerusi Parlimen.
Jika di tolak sedari awal bermakna ruang tertutup untuk berbincang dengan Parti-parti lain yang hampir mempunyai kerusi yang sama,dan ia akan memberi kesempatan dan Ruang kepada PKR untuk bekerjasama dengan UMNO.Tapi Presiden Pas yang berpandangan jauh melihat ia satu kelebihan bagi Pas jika idea ini di gembar-gemburkan.Pas akan menjadi mutiara rebutan antara Parti-parti Politik di Malaysia selepas PRU ke 13 ketika itulah baru dapat di lihat siapa tunggang siapa dan siapa yang merayu siapa untuk berkuasa.Jika kedudukan kerusi ramalan saya seperti di atas sudah tentu Parti-parti lain memberi kerusi PM kepada Pas walaupun ia hanya melebihi 3 atau 4 kerusi sahaja dari UMNO atau parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Secara logiknya Pas telah kehadapan dalam isu ini di mana isu perpaduan ini menyebabkan Pas Menjadi Parti yang berdiri sendiri tidak di tunggangan oleh Pakatan Rakyat dan juga Umno.Masa akan menentukan idea kerajaan perpaduan ini sangat relevan buat PAS.
Penganalisi Politik dari Univerisiti Malaysia,Dr.Abu Hassan Hasbullah berkata,idea kerajaan Perpaduan ini sangat tepat pada masanya kerana abad kini adalah abad pluralisma dalam esopocial ( Economy-Politik-Social ),manakala abad singular atau pendekatan primatif "memerintah dengan kelebihan undi walaupun 1 undi " akan gagal.
PAS Selangor pula sedar lebih awal dengan menyifatkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang di buat Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu cadangan yang futuristik dan wajar di terima ahli Parti Pas.
Keputusan Kemenangan Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharudin menjadikan Pas berdiri sendiri dengan megah sebagai Parti Politik yang tidak di tunggangi oleh mana-mana parti politik,Jika kemenangan Datuk Husam Musa dengan jelas ia akan menjadi madah proksi PKR secara tidak sedar,awasilah permainan politik.Idea kerajaan Perpaduan menyebabkan PAS akan di hormati dalam Pakatan Rakyat dan akan juga di hormati oleh UMNO,ini bermakna tiada siapa yang boleh menindas PAS, kerana PAS boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan siapa saje selepas ini.
Kerajaan Perpaduan sebenarnya akan menyebabkan peluang Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri musnah sama sekali.Datuk Seri Abduk Hadi Awang pula semakin cerah dan relevan sebagai PM malaysia ke 7.Walluhualam...

Thursday, June 04, 2009

Kalau saya jadi Perwakilan Pas


Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam bukan sahaja menjadi tumpuan kepada ahli PAS dan rakan pakatannya, tetapi juga mendapat perhatian serius daripada lawannya UMNO. Masing-masing memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden PAS. Antara Ustaz Nasaruddin, Husam dan Mohd Sabu, siapakah yang akan menjadi pilihan perwakilan PAS.
Dimata hati saya..Abang Mat seorang pejuang PAS yg begitu istiqamah...tidak perlu lagi utk mempertikaikan ketahanan dan kekukuhan yg ada didalam dada Abang Mat utk mempertahankan PAS...Ketegasan beliau amat dikagumi..ciri-ciri yg ada pada Abang Mat meletakan dirinya seorang "Singa PAS" ...Tapi belum cukup untuk abg Mohd Sabu selesa dalam perebutan jawatan tertinggi Pas Tersebut.
Kepada sesiapa lebih mengharapkan Husam Musa memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS Ini mungkin kerana yakin dengan stail kepimpinan dan pengalaman pentadbiran yang dimiliki oleh beliau. Husam Musa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di Kelantan. Pengalamannya sebagai Setiausaha MB, exco dan pimpinan utama parti telah melayakkannya berada di kerusi nombor dua PAS.Ada yang berkata Husam bukanlah bandingan bagi Ustz Nasha, Kematangan dan kemahiran beliau berpolitik menggerunkan Umno.Namun Pengalaman Mentadbir negeri belum cukup untuk memberi kelebihan kepada beliau untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.Apatah lagi kesetiaan beliau di ragui lebih kepada Pro-Anwar.Pas TIDAK BOLEH Pro kearah mana-mana Pas itu berdiri sendiri mengahdapi gelombang menang kalah dalam politik.Kesilapan Husam adalah menunjukan kecondongan sokongan kepada Anwar.Ingat Tidak semua orang dalam Pas SUKA ANWAR.
Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah ikon pimpinan arwah Ustaz Fadhil Nor. Ustaz Nasa telah dua penggal menjadi Timbalan Presiden PAS. Ada yang melihat Ustaz Nasa telah gagal menambahkan kekuatan PAS. Bahkan beliau hampir terperangkap dengan permainan UMNO. Kekuatan PAS hadir daripada penyokong yang tidak dijemput, bukannya hadir bersama kepimpinan Ustaz Nsharuddin.Namun hari ini di persidangan permuda beliau
memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.
Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata,Ini bagi saya akan menyebabkan sokongan/undian yang di beri kepada beliau tidak berubah.Dimana beliau mempunyai undin terbanyak di peringkat cawangan, maka kalau saya jadi perwakilan PAS sudah tentu saya memilih Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden PAS kerana beliau adalah ikon arwah Ustaz Fadhil Nor.Bukan kah di bawah ustaz Fadhil Nor PAS telah berwajah baru dalam politik oleh itu, beliau saja dapat meneruskan visi dan misi Arwah Ustaz Fadzil.Wallhualam..

Wednesday, June 03, 2009

Berkata TIDAK pada Chin Peng.


Baru-baru ini dikejutkan berita ada usaha-usaha membenarkan Chin Peng kembali ke negara kita (Malaysia).Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan yang menyatakan pendapat beliau agar Chin Peng dibenarkan kembali..50 ribu rakyat malaysia yang tidak bersalah mati di tangan Komunis semata-mata mereka ingin berkuasa di peringkat persekutuan menubuhkan Republik Komunis Di Tanah Melayu ketika itu,dimana ideologi komunisme ini memang di tolak oleh Orang Islam dan Bangsa Melayu.
Ini termasuklah Terkorbannya Allahyarham Sarjan Jamil dan anggota-anggota Polis berjuang sehingga ke nafas yang terakhir sebelum di bakar hidup-hidup di bukit kepung.Jika ingin membicarakan keadilan,disinilah masanya memberi keadilan kepada mangsa-mangsa kezaliman manusia bernama Chin Peng ini.Jangan di sia-siakan nyawa 50 ribu orang yang telah meninggal dunia kerananya.Keadilan 50 ribu lebih bererti dari keadilan seorang bernama Chin Peng ini,Isu lama ini di mainkan kembali oleh BN agar rakyat malaysia terutamanya bangsa melayu menjadi marah -marah dengan isu ini,Melayu marah-marah siapa untung? tentulah Umno yang untung!!