Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, December 03, 2010

Pilihanraya makin Hampir

Setiap hari menonton Buletin Utama,Berita TV1 atau TV2 ,namun di semua stesen TV di Malaysia asyik menceritakan keburukan Pati-parti pembangkang.Sehinggakan kita terpaksa menunggu selama 15 minit ke 30 minit barulah dapat mendengar berita-berita semasa dan luar negara,Adakan serangan kepada Parti-parti pembangkang ini menandakan pilihan raya akan di adakan tidak lama lagi.
Apa yang pasti Pilihanraya Negeri Sarawak mesti diadakan sebelum bulan Julai 2011,Persoalannya adakah Pilihraya di Semenanjung akan diadakan serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak.Ahli-ahli Politik tempatan,blog-blog Politik,Akhbar-akhbar memainkan peranan mencorak Politik Tanah air,dengan tersiarnya propaganda dan serangan kepada Parti Politik Pembangkang sekarang mengambarkan Pilihanraya hampir tiba,namum Perdana Menteri saja yang perlu memberi kata putus.
Pandangan Penulis apabila harga barang dinaikkan,Dana-dana saham amanah baru di lancarkan,Saman menyaman Polis,JPJ di tingkatkan atau di permudahkan bayaran dan kutipan maka Pilihanraya sudah hampir tiba.Kenapa ye ? Wallahualam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home