Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, February 28, 2007

Berhati-hati bila nak cepat kaya - anda terdesak?

Dalam dunia globalisasi kini, apa pun yang kita buat semua nak segera/cepat ( fast ) , nak makan pun kena segera, maka wujudlah makanan segera di pasaran,berbagai jenis makanan segera dari yang serendah2 marwah makanan segera di kedai-kedai runcit sehinggalah makanan segera yang berlevel tinggi seperti KFC,McD,PIZZ HUTT dan lain-lain yang mengaut untung beribu-ribu ringgit setahun. Kini wujud pula pasaran segera mendapat wang, melabur dan di janjikan keuntungan yang tetap, di mana anda boleh target bila anda ingin kaya kerana keuntungan segera yang di jamin di pelaburan internet. Jika anda ingin jadi jutawan maka laburkanlah berapa ribu kedalam pelaburan internet ini dan yang pasti anda akan di jamin kaya dalam 100 hari.Kekadang saya tersenyum sendiri masih ramai orang yang percaya dan suka kepada perkara-perkara segera dan cepat. Setiap yang segera pasti ada muslihat dan keburukan tertentu yang tidak dapat di lihat.Ia umpama makanan segera yang sedap , menyelerakan, menjadi rebutan, Keindahan makanan itu di tonjol kan dari segi rupa bentuk dan tidak dari zat sebenarnya.Maka kini telah terdengar keburukan makanan segera mengakibatkan kesihatan masyarakat berpenyakit,Sehinggalah kerajaan berura-ura mengharamkan iklan makanan segera ini. Begitulah akibat bila nak semua segera sehingga kesihatan menjadi mudharat, Setelah menjadi darah daging, amalan masyarakat dan kehendak umum amat sukar untuk mengubah gaya hidup masyarakat kita. Begitu jugalah dengan nak segera kaya, halal haram tak sempat nak kaji/fikir, kenapa begitu mudah semua orang boleh target kaya dalam 100 hari?,mana pegi si miskin? kalau si miskin boleh tahu 100 hari dia akan kaya? berubahkah gaya hidup masyarakat kita? ., apa yang segera pasti ada muslihatnya.Adakah wang segera di internet di gunakan untuk menyerang Iran ,Alluhualam...!!!

Friday, February 23, 2007

kahwin lelaki lebih tua,apa pandangan anda?

Alasan responden yang memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup (65 peratus memilih lelaki pada peringkat usia 40-50 tahun, manakala 12 peratus memilih lelaki peringkat usia 51-60 tahun) , kenapa mereka memeilih lelaki tua adalah kerana seperti berikut :
? Masa depan dan kerjaya wanita tidak dapat dijangkakan.
? Perlukan keselamatan dan jaminan masa depan.
? Tidak perlu bekerja keras.
? Hidup tidak pernah susah.
? Hidup susah dan ingin merasa kesenangan hidup.
? Tidak yakin diri dan perlukan sokongan lelaki berusia dan berharta.
? Cara hidup zaman moden yang tidak kisah mengenai pemilihan lelaki berusia asalkan
berharta.
? Tidak salah dalam pilihan itu asalkan bahagia.
? Tekanan hidup dan desakan kewangan.
? Membantu keluarga.
? Dapat hidup mewah dan impian menjadi kenyataan.
? Mencari kasih sayang sejati.
? Sudah jodoh apa hendak dikata.
? Cinta lelaki berusia meyakinkan, cinta lelaki muda menyakitkan.
? Lelaki berusia matang dalam pemikiran dan komunikasi.
? Bijak berkata-kata dan boleh menjadi pemimpin keluarga yang baik.
? Romantik dan sensitif dengan perasaan wanita.
? Sabar melayan kerenah wanita.
? Tidak lokek berbelanja.
? Suka berjenaka dan banyak cerita yang melucukan.
? Komited terhadap pekerjaan dan masa depan.
? Bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
? Wanita tidak perlu kerja keras mencari duit.
? Hendak menunjuk bahawa mereka mampu menarik golongan kaya menjadi pasangan hidup.
? Dapat menyertai golongan elit dan ada kelas tersendiri.
? Hidup masa kini berfokuskan duit dan bukan semata-mata kasih sayang.
?Cinta boleh dipupuk dalam perkahwinan.
Memang ada positif dan negatifnya perkahwinan abnormal seperti ini, hanya yang mengalaminya dapat menjawap persoalan ini?

Wednesday, February 14, 2007

Teruja Cepat Kaya!!

Masaalah ingin cepat kaya atau lari dari beban hidup kemiskinan memang telah wujud dari dahulu lagi.Berbagai skim di adakan untuk menjadikan kita cepat kaya.Ada yang melabur sedikit, ada yang melabur banyak, ada yang beribu dan ada pula yang berpuluh-puluh ribu melabur.Bergantung kepada si pelabur yang sanggup menanggung resiko terhadap pelaburannya.Selalunya keuntungan di beri atau di kreadit ke akaun pelabur, ada skim yang mengkreadit keuntungan mengikut bulan, ada yang mengikut minggu dan ada juga yang mengkreadit keuntungan mengikut bilangan hari. Kreadit keuntungan mengikut bilangan hari adalah lebih membuat orang teruja untuk cepat kaya.Dengan sistem dunia tanpa sempadan, globalisai ini maka pelaburan skim cepat kaya ini pun turut berkembang sehingga tanpa sepadan jua.Kita di Malaysia masih boleh menyertai berbagai skim cepat kaya di luar negara tidak seperti dahulu secara manual seperti skim cepak kaya pak man Telo dan sebagainya.Bayang Skim cepat kaya kini pun mengikut nilai wang ringgit Dollar Us.Cuma untuk ingatan, jangan teruja melihat kawan kita berjaya dalam skim-skim seperti ini, kerana itu rezeki dia,tak mungkin sama rezeki kita dengan dia.Dia kaya kerana pelaburan dia alhamdulliah,itu rezeki dia kita tumpang senang, tapi tak semestinya kita melabur jadi kaya or senang macam dia kerana rezeki allah terhadap seseorang itu berlainan,itu kena faham betul-betul.Belum tentu kita kaya seperti dia kalau kita ikut dia kerana terlalu berisiko.Kawan kita beritahu kita begitu banyak harta karun dalam lombong, terpulanglah kepada kita sama ada nak terjun ke dalam lombong untuk mendapatkan harta karun itu.Sebab risiko lemas mati di dalam lombong bukan tanggung jawap kawan kita, tanggung jawap kita sendiri samaada kita pandai berenang atau tidak.Apa yang penting biar papa tapi maruah tetap di jaga.fikirkan lah

Tuesday, February 13, 2007

Fenomena alam- jepun sambut musim sejuk tanpa salji

Pelik tapi benar rakyat jepun kini menyambut musim sejuk tanpa salji setelah beratus tahun mereka menyambut kedatangan salji pada awal febuary setiap tahun. Nampaknya rakyat jepun kena menunggu beberapa hari lagi atau mungkin salji tidak terus muncul mana tahu kehendak allah , tidak mustahil. Pemainan luncur ais, hoki ais dan sebagainya terpaksa di tangguhkan akibat tidak munculnya salji yang amat pelik bagi fenomena alam ini.Apakah tanda-tanda ini bagai satu isyarat tertentu! seperti surutnya air laut akibat thunami akan melanda.Apa yang pasti fenomena alam kini makin berubah bagaimana banjir berlaku secara besar-besaran di negara kita dan negara jiran indonesia,bagai ada satu isyarat yang amat jelas dari allah untuk umatnya agar beristighafar,bertasbih atas apa yang berlaku.Nipisnya lapisan ozon akibat percemaran alam yang berleluasa juga adalah penyebab fenomena alam yang makin berubah, kepanasan matahari yang sampai ke bumi menyebabkan kepanasan udara dan alam sekitar yang mungkin satu hari nanti bagai matahari di aras kepala. Adakah dengan tiadanya lapisan ozon meliputi bumi nanti menyebabkan kita rasa cahaya matahari bagai sejengkal di atas kepala. ALLAH MAHA BERKUASA..