Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, July 26, 2006

Di sebalik pemergian Hani Mohsin

Pelakon Hani Mohsin,41 meninggal dunia jam 9.30 pagi Selasa – dipercayai kerana serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan Air Asia untuk ke Alor Star dan seterusnya ke Pulau Langkawi di terminal tambang murah KLIA,Sepang.Allahyarham bersama anak tunggalnya Hani Karmila,9 ketika itu.Mereka berdua dalam perjalanan untuk bercuti.Pengacara rancangan Roda Impian itu mengadu sakit dada dan rebah di situ.Hani yang mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar adalah bekas suami kepada Tiara

Jacquelina.Di sebalik pemergian beliau banyak pengajaran yang kita dapat iaitu kasih sayang antara anak ayah dan ibu tetap utuh walaupun peceraian berlaku.Beliau yang terkenal dengan sifat kuat kerja,tiba-tiba berubah ingin bercuti bersama-sama anak beliau namun hasrat beliau tak tercapai,namum memberi pengajaran buat kita luangkanlah masa untuk anak atau famili selagi kita hidup didunia.Tuhan tak memberi kita walau sesaat pun jika sudah tiba masanya, walaupun kesedaran dan niat yang baik untuk kita lakukan sesuatu namun jika ajal tiba tuhan tidak akan memberi kita masa walaupun sesaat.Perceraian bukan lah pemusnah segala kehidupan bersama,terutama ikatan si anak dengan ayah dan ibu tetap ada,bagilah masa untuk mereka bersama seperti yang hendak di lakukan oleh allahyarham hani mohsin ingin bersama-sama anak beliau, dan masa yang sama ikatan kasih sayang si ibu tetap utuh dihati anak.Tidak putus perhubungan ini dapat di lihat bagaimana Tiara dan suami baru beliau sanggup menguruskan pengacara pengkebumian ini dengan sempurna tanpa rasa dendam dan syak was sangka.Semoga roh allahyarham di rahmati allah.al-fatihah.

Tuesday, July 25, 2006

Murtad

Assallamualikum,wrt,
>> Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran,maka hendaklah ia ubah dengan tangannya,jika tidak sanggup,maka dengan lidahnya,jika tidak sanggup juga dengan hatinya,tetapi itu adalah selemah-lemah iman.(Hadis riwayat Muslim)
>> Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyakmenutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman,tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,ikut boyfriend.
>> Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
>> Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje,4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.Tahun 1997, bilaSaari Bustamahmengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.Aisyah bukan kes pertama murtad,sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
>>Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
>> 1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
>> 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

>> Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.Dihantar ke sekolah agama,dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkatUniversiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk>di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
>> Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasukpermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .
>> Butir asal permohonan. Permohonan ini dibuat olehLennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah).Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah.Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.Iaitu hak kebebasan beragama.Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian> jenayah.>> Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristiandan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya.Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggarhak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
>> Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'. Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap,didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalamkeadaan Hindu.Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalamkeadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
>> Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
>> Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatangHindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebabHindu laknatullahditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!!Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
>> Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Seta keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
>> Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya.Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi padaYusof.
>> Dalam kes Suzie Teoh,seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini."Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
>> Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
>> Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
>> Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
>> Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
>> Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
>> Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".
>> Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
>> Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu)pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
>> Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata:Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
>> Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
>> Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
>> Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
>> kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yan g kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
>> sumber email sahabat..

Friday, July 21, 2006

Kelemahan negara2 islam.


Tentera Israel hari ini terus memperhebatkan serangan di bumi Lebanon termasuk melalui jalan darat dan menggugurkan bertan-tan bom hingga meragut lebih 70 nyawa – jumlah tertinggi dalam tempoh sembilan hari pencerobohan rejim itu.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera marin Amerika Syarikat (AS) hari ini menjejakkan kaki ke bumi Lebanon buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun – satu perkembangan yang diikuti masyarakat antarabangsa secara berhati-hati, selepas kejayaannya menjajah Iraq.
Tragedi pencerobohan tentera israel ini dengan jelas menunjukkan betapa negara islam lemah dari segala segi,lemah dari segi ukhwah sesama negara islam,lemah ekonomi,lemah dari segi ketenteraan,lemah dalam segala skop kehidupan .Sehingga begitu mudah di perkotak -katikkan.Israel bagai membuat provakasi membunuh dan mengebom sesuka hati.Nyawa umat islam umpama tidak bererti,kanak-kanak terbunuh,orang tua lari bertempiaran di negara sendiri,sungguh sedih kita lihat,hanya doa yang dapat saya sertakan moga umat islam dilindungi dan di beri kemenangan akhirnya.AS yang membenarkan israel menyerang lebanon,tetapi tentera dia sendiri mula memasuki lebanon atas alasan untuk menyelamatkan rakyaatnya yang terkandas adalah amat di ragui.Bagaikan satu rancangan terancang antara AS dan israel,adakah AS bertujuan untuk menduduki satu lagi negara islam di negaraTeluk,atau hanya satu provokasi agar negara2 islam lain memberontak menyerang israel tanpa kebenaran majlis PBB.Kemungkinan juga ia satu provokasi ke atas negara Iran agar mengambil bahagian dalam kancah pencerobohan israel terhadap lebanon ini.Jika Iran terpedaya sudah tentu berlaku satu perang yang besar antara AS dan Iran di Negara Teluk,kemungkinan berlaku perang dunia ketiga adalah teramat cerah.AS sememangnya tidak gembira dengan perkembangan teknologi nuklear di Iran dan ini mungkin satu cara untuk melemahkan Negara Iran, jika peperangan berlaku lebih awal terhadap iran,ini bertujuan agar teknologi nuklear Iran tidak sempat berkembang atau mencapai kemuncak teknologinya.Kemungkinan Taiwan dan China juga akan berperang,Korea utara dan negara -negara lain yang tidak stabil akibat kenaikan harga minyak juga pasti memberontak,apabila AS dan Iran berperang negara lain mencari alternatif lain iaitu berperang untuk mencari sumber ekonomi yang baru bagi negara masing2.Semua negara akan merasa akibatnya jika negara AS dan Iran berperang,..Adakah sudah tiba masanya Imam Mahdi dan Nabi Isa sebagi penyelamat umat islam ? fikir2kan lah.

Wednesday, July 19, 2006

Zinedine Zidane Menegakkan maruah diri?

Peminat Bola terkejut dengan tragedi menyaksikan perlawanan
akhir Piala Dunia bola sepak malam baru-baru ini (awal pagi 10 Julai waktu Malaysia).
Salah satu aksi sentiasa menjadi igauan saya ialah ketika Zidane 'menanduk'
dada seorang pemain Itali. Mengapa, mengapa dan mengapa Zidane?
Saya turut menerima e-mel daripada rakan-rakan mengenai kejohanan itu.
Artikel ini saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama.

Pemain Sayap Perancis, Franck RiberyPARIS: Pemain kebangsaan Perancis,
Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada
Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula
perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk
Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal
peribadi dan tidak suka memperkatakannya di khalayak ramai, kerana bimbang
disalah tafsir penyokong Perancis.
Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu
wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi
memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media
mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary
di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada
2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai
seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.
"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang
permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier,
justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui
Islam."
Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï
'Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya
dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat
pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk
Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka
merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan
pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.
Kapten Zinedine Zidane atau 'Zainuddin Yazid Zidane' juga seorang Muslim.
Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk
Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.
Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari
senarai skuad Perancis, menggunakan nama 'Bilal' apabila memeluk Islam. Dia
kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.
Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan
minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yang
mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim
Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.
"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan
kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net .
Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali
dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas
Piala Dunia 2006.
Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian
berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan
Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum
dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.
Islam Bukan Halangan
Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain
pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis
Zinedine Yazid Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria
membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak
permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik
Dunia sebanyak tiga kali.
Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic
dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg
berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan
etnik Finland.
Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan
Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika
menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan
teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.
Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda
sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain
pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik-beradik beragama Islam, Kolo
Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah
Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri
perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC
Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian
bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal. Mungkin ada kebenaran dari artikel ini,jika tidak abaikan ,fikir2kan lah

di perolehi dari sumber email .

Monday, July 17, 2006

CT oh CT


Hari ini dengan rasminya ct norhaliza artis tesohor berasal dari kuala lipis ,Pahang dengan rasminya mengumumkan tarikh perkahwinannya,yang akan dilangsungkan pada 21.08.2006.Desas -desus mengenai siapa pilihan dia terjawap dengan kehadiran bersama pasangan beliau di depan wartawan-wartawan yang telah lama menunggu .Terjawablah sudah pilihan beliau ialah Dato K,seorang yang matang,bermisai tebal,mempunyai kekayaan,pangkat,kematangan dan yang pasti ekonomi yang mantap.Sekali imbas begitu sepadan dengan beliau yang mempunyai harta dan nama yang agak sama.Cuma beza umur yang agak jauh,Dato k 47 tahun sebaya ayah beliau dan beliau sendiri 27 tahun,agak jauh bezanya (20 tahun).Namun kerana cinta,tiada siapa dapat menghalangnya,walaupun tanpa restu peminat beliau mengikut kata hati yang dilamun cinta.Semoga beliau berbahagia walaupun desas desus mengatakan dato k adalah seorang kasanova,panas baran,gila perempuan tidak dapat melemahkan cinta CT.Ada berpendapat perceraian dato K dan isteri adalah kerana CT tidaklah dapat di pastikan,hanya antara mereka yang mengetahui.Namun CT tetap jadi bualan dan cakap2 kedai kopi kenapa CT sangup merampas suami orang dan mengapa beliau sanggup berkahwin dengan lelaki seusia ayahnya.Sukar untuk kita menjawapnya,cuma berlandaskan cinta dapatkah rumahtangga beliau bertahan.Bagai kata orang-orang lama,kebahagian sesuatu rumah tangga itu hanya dapat dilihat setelah 7 tahun perkahwinan,kerana untuk melihat diri seseorang itu jujur dalam perkahwinan dan kematangannya selepas 7 tahun perkahwinannya.Jika ia bertahan selama itu dah lebih dari itu maka tidak teragak2 marilah kita ucapkan tahniah keatas beliau,tapi nampaknya kita kena tunggu 7 tahun dari sekarang,semoga beliau di panjangkan jodoh dan di murahkan rezeki..bertemu kita 7 tahun dari sekarang bagi mengupas isu ini..
Tragedi di London adalah penyebab segalanya,kita tidak tahu apa yang berlaku dan telah berlaku antara mereka di London.Apa yang pasti datuk K telah merancang dari awal untuk memenangi hati CT,dengan bertandang ke rumah untuk urusan tajaan ke London bagi menjadikan CT ,artis pertama Malaysia membuat pertunjukan disana.(Royal Albert hall ).Berjuta duit datuk K sedari awal kehabisan akibat memberi sponser yang begitu banyak bagi penajaan tempat tinggal ,penerbangan,tajaan kenamaan,peminat dll.Ini bagai menghibur hati CT yang ketika itu populariti yang agak menurun akibat kehadiran bintang baru AF iaitu Mawi dan juga krisis dengan biduanita Sharifah Aini juga sedikit sebanyak mengurangkan populariti beliau.Datuk K seolah2 sebagai penyelamat kepada kepopulariti beliau kerana selepas konsert di London,di dapati populariti beliau semakin meningkat dan anugerah hiburan kembali di dimenangi oleh beliau.Bagaikan orang termakan budi dan kerana sifat datuk K yang matang bagai seorang bapa menjaga anaknya menyentuh hati CT.emm Ini mungkin andaian saya tapi cuba fikirkanlah kenapa selepas di London yang ketika itu datuk K masih bersama isteri beliau,fikir2kanlah..siapa nama anak CT nanti ye?

Friday, July 14, 2006

Melayu,Orang Asli keturunan berbeza

Orang Asli dan orang Melayu di Semenanjung bukan berasal dari keturunan atau rumpun yang sama.
Penemuan itu dibuat oleh penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin, yang mendakwa Orang Asli dan orang Melayu datang dari dua kawasan yang berbeza.

Beliau berkata, penemuannya merumuskan Orang Asli dipercayai berasal dari kumpulan Negrito, Afrika dan kewujudan mereka adalah kira-kira 40,000 tahun dulu manakala orang Melayu pula dipercayai berasal dari Zheijian-Fujian, China yang berhijrah ke sini sekitar 8,000 tahun lalu.

“Kita tidak ubah sejarah, sebaliknya kita sedang mendokumentasikan sejarah. Orang Asli memang lebih tua dari orang Melayu. Ada banyak orang yang datang ke Malaysia dan banyak yang sudah bercampur," katanya selepas majlis penyerahan dua tesis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Bilik Persidangan USM di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Tesis bertajuk Analisis Genetik dan Kraniofacial Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dihasilkan oleh Dr Zafarina manakala Pensyarah Pengajian Sains Pergigian, Dr Mohd Fadhli Khamis menyediakan tesis bertajuk Variasi Pergigian Dalam Populasi Malaysia untuk aplikasi pengecaman identiti manusia.

Kedua-dua tesis itu yang pertama seumpamanya di Malaysia diserahkan kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud bertujuan membantu mewujudkan kluster bagi penyelidikan membabitkan Orang Asli.

Zafarina berkata, USM sedang memohon mendapatkan geran RM1.4 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan pembentukan kluster itu.

Selain itu, katanya, beliau juga sedang membuat kajian mengenai etnik Melayu di Semenanjung yang terdiri daripada 12 kumpulan dan antara lain bertujuan untuk membuktikan sama ada Melayu Kelantan adalah orang Melayu tulen.

Sementara itu, Fadzil berkata, kajian dua tesis berkenaan penting bagi membawa Orang Asli ke dalam arus pembangunan sekali gus mengatasi masalah kemiskinan tegar golongan berkenaan dalam jangka masa panjang.

"Mungkin nanti Orang Asli tidak lagi duduk dalam hutan dan hanya bergantung kepada hasil hutan. Sekarang ada kira-kira 150,000 Orang Asli di Semenanjung," katanya.
sumber dari : berita harian

Tuesday, July 11, 2006

Tak nak rokok

Kempen tak nak rokok telah dijalankan oleh kementerian kesihatan,bermacam-macam poster yang besar-besar di letakkan di tepi-tepi jalan bagi menyedarkan bahayanya merokok.Berjuta-juta ringgit habis bergitu sahaja ,sedangkan kesan kesedaran yang dituntut adalah sangat minimum kepada masyarakat.Kebanyakan kita tahu keburukan merokok ,tapi untuk mengelak dari berhenti merokok amatlah sukar.Ini adalah kerana perokok tegar ini tidak boleh di sedarkan dengan hanya menceritakan bahaya merokok sebab pekara itu sememangnya telah di ketahui mereka.Adalah penting kita mendidik bahayanya akibat merokok sedari kecil ataupun dari peringkat persekolahan .Pendidikan di rumah juga amat penting,selalunya ayah dan ibu adalah sumber inspirasi kanak-kanak.Ayah menjadi tauladan dan contoh yang baik bagi mereka.Tapi agak malang jika si ayah merokok didepan mereka sedari kecil,ini menjadikan contoh bagi mereka bahawa merokok adalah biasa atau mungkin tidak merbahaya,kalau tidak kenapa siayah sihat walafiat.Ini mendorong mereka mencontohi ayah mereka.Agak malang jika siayah boleh berkongsi sekotak rokok dengan si anak.Maka untuk menghindar dari tabiat merokok di dalam keluarga itu adalah amat sukar sekali.Mungkin memakan beberapa jenerasi barulah kita dapat menghapuskan rokok pada sesebuah keluarga.Jika kita mulakan dari peringkat keluarga saya rasa masalah rokok ini dapat di hentikan,mungkin generasi selepas kita akan berjaya.Bayangkan sebuah keluarga dapat menghapuskan tabiat merokok atau tidak merokok dalam keluarga mereka atau pun generasi mereka maka tak perlulah kita berkempen berjuta-juta untuk itu semua.Tapi ada juga dalam kalangan keluarga tidak merokok tapi akhirnya si anak merokok.Di mana dari generasi kelurga tidak merokok telah menjadi generasi perokok,ini juga perlu di lihat ,bagaimana semua ini terjadi.Mungkin keinginan remeja ingin mencuba dan mudah pula memperolehi maka ia terjadi,Atau dorongan kawan2 di asrama,ingin mencari ilham ketika belajar di universiti2,mungkin ingin menunjuk status dan juga bermacam-macam alasan lagi.Kadang-kadang merokok tu menjadi sumber pihak luar untuk menghapuskan umat islam,ada yang berpendapat penjual-penjual rokok antarabangsa adalah penyumbang besar kepada pihak yahudi untuk menyerang palastine,namun kesahihannya sukar kita perolehi.Bagi kita sebagai ketua keluarga,eloklah kita menghapuskan budaya merokok dalam keluarga kita,Agar sekurang-kurangnya generasi keluarga kita tiada yang merokok ..Mungkin tak nak rokok akan menjadi releven bila ada kesedaran dalam sesebuah keluarga.Fikir3kan lah

Thursday, July 06, 2006

Pelajar Wanita bertambah ramai di IPT Awam

INFO :
Peratus pelajar wanita di IPT sesi akademik Julai 2006/2007

UUM – 73
UPM – 70
UKM – 67.7
UM – 60
USM – 60
Unimas – 60
UPSI – 60
UTM – 40
UIAM - Rahsia

Nampaknya makin ramailah bos-bos wanita nanti ,bagaimana kita kaum lelaki tidak tercabar ke?. ketidakseimbangan ini akan menjejaskan status sosioekonomi negara kerana graduan wanita jauh melebihi lelaki.“Secara relatif gaji pekerja wanita juga lebih tinggi daripada lelaki. Ini membawa masalah sosial seperti lelaki bimbang untuk meminang wanita berkelulusan lebih tinggi, anak dara lanjut usia atau isteri tidak menghormati suami yang berkelulusan lebih rendah,” .Walau bagaimanapun kita kaum lelaki tak bolehlah salahkan kaum hawa, Sebab pelajar wanita mereka sentiasa mempunyai keinginan untuk memajukan diri hingga mencapai kejayaan cemerlang.“Keadaan ini sepatutnya menyedarkan pelajar lelaki supaya berusaha lebih gigih pada peringkat sekolah atau di mana2 pusat-pusat pengajian di negara kita.
Maka masaalah kes anak dara terpikat dekat suami orang atau wanita muda suka pada lelaki yang berumur pasti akan bertambah, memandangkan lelaki yang berkahwin mempunyai ekonomi yang stabil,berpengalaman,matang dan bercirikan kepimpinan,di mana ini amat sukar di temui oleh kaum wanita yang berpendidikan tinggi terhadap lelaki bujang zaman sekarang.Mungkin perkahwinan misyar atau muta'ah akan menjadi releven pada suatu masa nanti di negara kita.Bagi lelaki yang telah beristeri dan mempunyai ekonomi yang stabil membaca data ini dengan tersenyum,bagaikan ada sinar di masa depan...hehehe fikir2kanlah..

Tuesday, July 04, 2006

Kita pasti di uji?

Hidup kita hanyalah sementara sebagai khalifah di muka bumi ini,ada antara kita yang senang dimurahkan rezeki,malah ada yang susah dan amat susah semuanya adalah ketentuan dari Allah SWT.Hanya kita harus berusaha untuk mengubah nasib dan mencari rezeki di muka bumi ini.Si kaya atau si miskin akan tetap di uji oleh Allah SWT akan keimanan dan ketakwaan kita terhadapNYA didunia ini, bagi menetukan kita layak akan syurgaNYA.Tiada sesiapa yang terlepas dari segala ujian Allah SWT. .Si kaya tiba2 miskin,Yang hidup biasa tiba-tiba dilimpah rezeki yang berlimpah ruah bagai Mawi,diberi rezeki dan peghormatan dan pengiktirafan .Si kaya mendapat sakit,Si miskin makin di tindas,dan bermacam2 lagi ujian Allah SWT,semua itu adalah ujian Allah SWT bakal menentukan sejauh mana keimanan kita.Jika ada yang terlupa ujian Allah SWT ini maka simiskin setelah kaya menjadi lalai,si kaya setelah miskin jadi tak menentu dan sebagainya.Bagi yang sedar dan insaf segala kurnian Allah itu di syukuri dan menjadi dia makin dekat dengan allah SWT dan makin dekatlah dia dengan syurganya..Tiada orang yang senang atau susah terlepas dari ujian Allah SWT..fikir2kan lah..